promosi gempak iklan disini hanya RM30 sebulan ..

Cara nak kejutkan Orang Bangun Sahur

Salam lawak brutal dan salam ramadhan buat semua pembca blog lawak ni. Dah hampir 2 minggu kita berpuasa , tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada tips menarik untuk dicuba :-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
...2. Sentuh bahu org tidur tu.. dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia... sambil panggil nama dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia.. sambil panggil nama dia...
5. Tutup kipas / air cond

Tapi kalau still tak ada effect

1. Jerit nama dia kuat kuat...
2. Gigit ibu jari kaki dia.. cam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi... kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak kfc ke mcd ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dimasaksebelah hidung dia.. bagi ambik bau sikit

Tapi kalau still tak ada effect gak

1. Pergi kat telinga dia... then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali...
2. Pergi kat dia, baca je surah yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan... kerana tuhan lebih menyayanginya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[ Arkib Simpanan Lawak ]