Lawak Sengal-Sengal Ubi

Lawak Sengal 1

BiLa BeSaR NaNti
Seorang guru darjah 1 sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka bila dah besar nanti.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah cikgu. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi tingkap berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata, "Nama Saya Seman bin Leman cikgu, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

**********************************************************************

Lawak sengal 2

BeRisTeRi TiGa

Pada suatu pagi yang xberapa nak sejuk cuacanya, 2 sahabat karib Abul  dan Abdul  yang perasan handsome lagi taf telah  keluar melaksanakan rutin harian mereka iaitu berjoging.

setelah penat berjoging dorang pun berehat di bawah pokok yang tidak diketahui jenis spesisnya. mereka pun berbual smbil bergelak ketawa. tanpa semena-mena si Abul telah bertanya kepada si Abdul  1 soalan yang sgt genius.


Abul   : Wei, Abdul aku nk tnya ko 1 soalan ni

Abdul : tnya la soalan ape ? soalan georafi ke ?

Abul    : tak2, aku nk tnya ko soalan critical thinking ni  "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga?"

Abdul :  gler dasyat soalan ko ni , critical jgak nk jwab soklan ko

Abul   : jawabla cepat soklan aku tu

Abdul  : susah siot soalan ko, ko bgtau ar snang, cpat ar ape jawpan dia, pasal ape lelaki perlu beristeri tiga wei Abul?

Abul    : jawapan dia sebab  kalau kawin satu isONE kalau kawin dua isTWO kalau kawin tiga barulah isTERI.....

=======================================================

KISAH BURUNG.....

Kisah baru nie pasal Lawak jenaka burung, kisah ni tiada kena mengena dengan burung2 yg terbang bebas di awan nan biru. huhu.  ikuti kisah sengal ini yg trjadi disebuah kmpung yg dirahsiakan namanya :)


Lelaki tua betanya: “siapa antra kita d sini yg ada burung?
“Tanpa d duga smua pnduduk lelaki sgra brdiri.
Apabila menyedari kesilapan cara brtanya, lelaki tua itu menambah:
“bukan itu maksud sya!”

Lalu d ajukan soalan yg lain.
“maksud sya, siapa yg pernah lihat burung?
“Tanpa di sangka2 smua penduduk wanita berdiri…

Apabila menyedari prtanyaannya msh tdk tepat, maka dgn muka marah lelaki tua menyambung…
“maaf, bukan itu maksud sya!”

Sekali lagi lelaki tua cuba brtanya:

“maksud sya ada tak sesiapa yg pernah lihat burung yg bukan miliknya?”

Tiba2 separuh penduduk wanita berdiri.Sekali lg muka lelaki tua itu merah padam dan brtambah gugup.Dia segera meminta maaf:

“maaf sekali lagi, maksud sya siapa pernah lihat burung sya?”

Serta merta, isteri lelaki tua itu pun terpacak, berdiri tegak!!
Wakakakaaaa…….Sengal…


Moralnye : Bak kata P.Ramlee, Cakap biar terang ….

soal jawab isu harga gula (video lawak gilerr).


Salam semua kali ni aku nk kongsikan dgn  korang semua 1 video lawak yg ada dlm koleksi simpanan lappy aku. video yg boleh dikategorikan tahap sengal melampau. 
video yang da dialih suara ni .isu pasal soal jawab harga gula. mmg lawak gler beb.

apa lagi JOM LAYANZZ ...






Gambar Lawak Encik Kacang ( Mr.Bean )

salam sejatera, moga arini korang ceria dan hepi hendaknya :) tq sebab sudi singgah ke blog ni :) entri lawak kali ni aku kongsikan dengan korang beberapa keping gambar Encik Kacang (Mr. Bean) yang sgt eksotik lagi unik setelah ditransform mengikut watak2 dalam filem Hollywood.  yang ada pnykit pedih ulu hati, korang control2 ckit gelak korang, krang effect plak. huahuahua.
ape lagi jom layanzz

II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVV
VV
V

















ASAL USUL NAMA ELEKTRIK

Al kisah Tersebutla Kisah....

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya untuk pengetahuan korang, perkataan  ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya mcm ni... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang


karya sumbangan : nordin

LAWAK 18 SX : SUAMIKU "SPORT MAN"

Alkisah tersebutla kisah....

Seorang gadis yang bersuamikan pemain basketball terkenal sedang berdebar-debar
menantikan detik malam pertama mereka setelah majlis pernikahannya.

Selepas majlis dan segala urusan selesai pada malam hari mereka pun masuk ke bilik. Si suami terus membuka seluruh
pakaiannya satu persatu .Apabila baju si suamu terbuka, si isteri melihat sebuah tattoo bertulis "REEBOOK" di dada suaminya. Si suami pun menerangkan bahawa tattoo tersebut dibuat sewaktu ia menjalani kontrak sebagai model iklan produk tersebut.

Tiba-tiba si suani membuka seluar panjangnya, maka terlihat satu lagi tattoo
lambang "NIKE" di pahanya.Si suami pun menjelaskan hal yang sama kepada
isterinya.

Akhirnya setelah semuanya terbuka, si isteri melihat tattoo bertuliskan "AIDS"
pula pada tutttttt si suaminya. Dengan ketakutan si isteri menanyakan tattoo
tersebut. Namun dengan tenang si suami menjawab:

"Tenang sayang, tulisan itu bukan beerti sesuatu yang menakutkan."Setelah
pegang, dan tuuuttttt suaminya tegang dan memanjang maka tulisan AIDS menjadi
ADIDAS....

Banduan Yang Pintar

Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, telah menulis surat kepada anaknya yang meringkuk dalam penjara Nusa Kambangan kerana dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Suratnya berbunyi begini: “Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?”

anaknya telah membalas surat itu beberapa minggu kemudian. “Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana,” kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak penjara, maka keesokan harinya setelah si bapak menerima surat tersebut, telah datang satu peleton tentera dari kota Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut untuk mencari senjata api tersebut.namun hampa tidak ditemui langsung. Setelah mereka pergi, si bapak pun mengutus surat kepada anaknya.

“Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?”

Si anak kembali membalas surat tersebut, “Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan sudah dicangkul sama tentera, dan jangan lupa ucapkan terima kasih sama mereka.”

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pengsan setelah membaca .

Cerita Lembu .....


alkisahnya, ada seorang pemuda yang sangat miskin lagi papa kedana tinggal bersama seekor lembu peninggalan bapanya,kehidupannya amat daif sehinggakan nak makan pun susah.pada satu hari pemuda ni mendapat idea lalu membawa lembunya pergi ke bandar.tiba di bandar pemuda itu mula menjerit :

"sesiapa yang berjaya membuat lembu aku ni duduk aku akan bg hadiah RM1 juta,tapi kalau tidak berjaya akan didenda RM100!!!"

datang la orang ramai berpusu-pusu untuk mencuba nasib,dari yang kecik ke yg tua,yg kurus ke yang gemuk,yang lembik ke yang gagah tetapi semua tak berjaya.

 pendapatan si pemuda ni semakin baik dari hari ke hari,dan dia berjaya mengumpul RM1 juta sehingga datang la seorang panglima yang perkasa cuba mendudukkan lembu tersebut, di hentaknya lembu tu,diterajang kakinya,ditarik supaya jatuh tetapi lembu tu tetap x nak duduk..

selepas panglima tu try datang plak sorang budak kecik nak cuba duduk kan lembu tu. semua orang gelakkan budak kecik ni, "panglima yg gagah ni pun x boleh nak dudukkan lembu ni,ko yang kecik ni plak nak dudukkan lembu ni, apa lg g la try?"kata pemuda tersebut dgn pandangan poyo kepada budak kecik tu.

budak kecik ni pun pusing keliling seperti mencari sesuatu kat lembu tu,pastu tetiba je lembu tu duduk dengan keempat2 kaki terlipat. orang ramai mula rasa pelik lagi takjub dengan kehandalan budak kecik tersebut. macam mana budak ni boleh dudukkan lembu tu,dengan selamber budak tu jawab :

"lembu ni kan lembu jantan, saya jentik je telur dia sampai senak tu yang terduduk tu!!!!"

Kisah sekeping duit syiling 50 SEN

pada suatu hari jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat.

Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 7 km jauhnya.

Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya.

setelah azan berkumandang, dan selesai khutbah jumaat dibacakan pak imam pon mengimamkan solat jumaat berjemaah itu.

Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang
balik nanti.." ..

lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper "....

maka kerana ketololan dan kejahilan mereka tentang agama terbatallah solat mereka semua hanya kerana sekeping duit syiling 50 sen.


MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

================================================

Hang Tuah kantoi result SPM (VIDEO)



Video lawak Hang Tuah Kantoi SPM


===============================================

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics