Kisah Seram | Kisah Diganggu Roh

Kisah Seram | Kisah Diganggu Roh

Kisah ni berlaku hasil daripada cerita seorang kawan yang pernah digangu roh abangnya selepas abang beliau  3 hari mati. Dia kata abangnya mati sebab kena buatan orang.  Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abang dia tak aman. maka dia pun bercerita…

As usual kekadang orang cina nih suka masuk kubur dengan harta diaorang. Ditanamnya sekali dengan barang-barang berharga So, abang dia dengan handset, laptop, PS2 suma sekali ikut masuk. Dengan harapan abang dia dapat la mati aman sikit. So, lepas sehari…kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dengan cara sembahyang je diaorang lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua…mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali macam ada sesuatu je yang panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la malam kedua tuh…dia dengar ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dengan bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.

Sampai ke hari ketiga…satu keluarga memang rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dalam hari tu la kedengaran bunyi orang selongkar almari…tapak kaki naik turun tangga…suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi. Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi…dia angkat terus dan tetiba “Alo..adik yer?”  Dia terkejut…dia tengok nombor tuh…memang sah nombor abang dia. Maka dia pun jawab balik “Abang ke?” dan serta merta air mata
mengalir sebab dia rindu sangat dengan abang dia.

Abg dia pun reply balik “Adik…abg tak boleh lama nih. Abang cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dengar” Kawan aku menangis je dengar keluhan abang dia …

”Adik, abg nak adik tanya dekat mak”  kata abgnya.   ”Apa dia bang?” Kata kawanku.

“Tanya mak…mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak….

Kisah Anak Kembar

Kisah Anak Kembar

Al-kisahnyerr. Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua .""Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga . Tahniah!""Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation , kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat " kata jururawat itu dengan tenang."Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel ," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,

"Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

Petua Untuk Dikasihi Dan di Sayangi

 
Salam lawak-Brutal semua .. harini aku nak kongsi tips mudah dan paling terbaikss untuk korang lebih disayangi dan dikasihi oleh orang yang korang sayang boyfriend korang mahupun girlfriend korang. ikuti langkah petua dibawah ni ,
Mula² ambil sebiji BUAH PINANG,kemudian baling kepada orang yang 
disukai sekuat hati.. Kalau dia sebut "ADUH" bermakna dia dah mula bagi 
respon..!!! Untuk lebih mujarab gunakan BUAH DURIAN, korang harus baling tepat kat 
belakang dia dan bila dia sebut " Aaaaaa....... " korang lari sekuat hati..Kalau dia kejar anda, 
maknanya dia dah mula sayang kat korang..!! 
SELAMAT MENCUBA :D 

Kisah Cikgu Suraya Dengan Anak Muridnya

Kisah Cikgu Suraya

Cikgu Suraya merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di utara tanah air. Pada suatu hari, sedang Cikgu Suraya berehat di kantin, salah seorang anak muridnya datang kepadanya dan bertanyakan satu teka-teki.

Anak murid : “Cikgu..cikgu pandai tak?

Cikgu Suraya : “Mesti la pandai..kalau tak pandai mana boleh jadi cikgu.

Anak murid : “Hm..kalau cikgu pandai, cuba cikgu jawab teka-teki ni..

Cikgu Suraya : “Teka-teki apa?

Anak murid : “Ulat Gonggok berapa kaki?

Cikgu Suraya : “Hmm..apa yang cikgu tahu ulat Gonggok ada 100 kaki..

Anak murid : “Salah..

Cikgu Suraya : “Em..99 kaki..?

Anak murid : “Salah!

Cikgu Suraya : “Habis tu berapa??

Anak murid : “Cikgukan pandai..cikgu teka la…

Cikgu Suraya : “Hmm……..cikgu tak tahu la..kamu tahu ke jawapannya..?

Anak murid : “Jawapannya…tak sampai satu kaki pun sebab ulat gonggok kan pendek je….hihihi……..

Cikgu Suraya : emm >.<

Lawak Pak Pandir | Pak Pandir Menguji Anaknya

Lawak  Pak Pandir  |  Pak Pandir Menguji Anaknya

Pak Pandir dan Mak Andir risau kerana anak mereka,Ondeh,walaupun sudah berumur 18 tahun,tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru,sekejap hendak jadi petani,tapi Cuma cakap saja,usahanya tidak.

Jadi,Pak Pandir dan Mak Andeh merancang untuk menguji anak mereka itu.

Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andeh tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan,"Ayah dan mak pergi pekan,petang baru balik."

Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50 , sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak pandir dan Mak Andeh kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut.

Kata Pak Pandir,"Kalau Ondeh ambil duit,maknanya dia akan jadi businessman.

Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru.Tapi kalau dia pilih arak,dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini."

Pak Pandir dan Mak Andir terus mengintai dari celah pintu.Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik,lalu mencapai nota di atas meja.Selepas membacanya,Ondeh mengambil not RM50,lalu membelek-beleknya depan belakang,kemudian masukkan kedalam poket.

Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andir lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya.Akhir sekali,Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya.Setelah itu,Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut.

Pak Pandir tepuk dahi."Aduuhh….ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan."

"Kenapa paknya?" Tanya Mak Andir.

"Ondeh akan jadi ahli politik !"

Kisah Cinta Si Lelaki Buta

 Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan.

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ???????????


Kisah Seram | Kejadian Seram Di Wad ICU

Kisah Seram | Kejadian Seram Di Wad ICU

Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.

Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah Jongang , seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.
Makcik Halimah Jongang adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah Jongang akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.


Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya….



Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Arif, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman Sempoarna. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu : Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Mamat : Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan , ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar la cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat ? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: emm,  patutlah.

Pengakuan Isteri Tentang Kecurangan Suami

Pengakuan Isteri Tentang Kecurangan Suami
Aku tidak pernah ambil kisah tentang apa yang suami aku buat kerana aku amat percaya dan sayang kepadanya. Aku juga percaya dia tidak akan curang kepada ku kerana kami telah telah hidup bersama lebih 15 tahun dan kami juga hidup bahagia sama seperti pasangan suami isteri yang lain.


Namun aku masih ingin tahu apa yang ada di dalam sebuah berwarna kotak hitam yang telah di suami aku simpan di bawah katil semenjak kami kahwin. Dia tidak pernah mengizinkan aku untuk melihat apa yang terdapat di dalam kotak tersebut. Jika aku bertanya kepadanya dia akan berkata jangan sesekali buka kotak tersebut dengan nada yang agak marah. Ini membuatkan aku terasa semakin ingin untuk membuka kotak tersebut kerana aku pasti ada sesuatu perkara yang suami aku rahsiakan daripada aku.

Akhirnya pada suatu petang, semasa sedang mengemas bilik, aku memberanikan diri untuk membuka kotak tersebut. Setelah aku buka, aku melihat terdapat tiga biji telur serta wang tunai berjumlah RM 1000. Ini membuatkan aku berasa hairan dan aku sekali lagi memberanikan diri untuk bertanya kepada suami aku tentang isi kandungan kotak hitam tersbut.
Aku: Abang, tadi ayang dah buka kotak berwarna hitam yang abang simpan kat bawah katil tu..hm..kenapa abang simpan tiga biji telur dan duit RM 1000??
Air muka suami aku terus berubah dan dia pun menjawab.

Suami: Yang sebenarnya..setiap kali abang curang dengan ayang, abang akan simpan sebiji telur sebagai tanda abang menyesal dengan apa yang abang dah buat.

Aku terdiam mendengar apa yang suami aku katakan. Setelah lebih 15 tahun kami hidup bersama nampaknya suami aku telah curang dengan aku sebanayak tiga kali. Lalu aku pun bertanya pula mengenai sejumlah wang yang di simpan bersama tiga biji telur itu.
Aku: Tapi kenapa pula abang simpan  duit RM 1000 kat situ..??

Dengan suara yang terketar-ketar dan tergagap-gagap dia pun menjawab.

Suami: Setiap kali telur tu dah cukup sedozen abang akan jual dan duitnya abang simpan kat situ…

Bibik Jawab Telefon



Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

KIsah Burung Dengan Suami Isteri

Sameon merupakan seorang pramugara yang telah bertugas di sebuah syarikat penerbangan swasta semenjak 6 tahun yang lalu. Dia sering ditugaskan keluar negara kerana sikapnya yang amat ramah dan disukai pelancong.

Pada suatu hari, beliau telah ditugaskan untuk ke Indonesia dan telah membeli seekor burung kakak tua sebagai buah tangan untuk isterinya iaitu Nora. Nora merupakan seorang pramugari yang mempunyai wajah yang jelita serta tubuh badan yang seksi dan bertugas di syarikat penerbangan yang sama.
Setelah pulang ke rumah, beliau memberi burung tersebut kepada Nora. Lalu nora pun berkata..

Kenapa abang beli burung kakak tua ni..kan mahal harganya..
Sameon pun menjawab..
Abang beli untuk awak..lagi pun burung ni special sikit. Cuba awak tengok ni.
Sameon  mengangkat tangan kanan dan memetik-metik jarinya. Lalu burung itu terus menyanyikan lagu dangdut. Nora berasa sungguh teruja kerana ini pertama kali dia melihat seekor burung kakak tua menyanyi lagu dangdut. Kemudian dia pun bertanya kepada Sameon.
Kalau abang angkat tangan kiri pulak apa jadi..??
Sameon pun mengangkat tangan kiri dan memetik-metik jarinya seperti tadi. Lalu burung tersebut terus menyanyikan lalu hip hop. Nora berasa sangat-sangat teruja  mendengar nyanyian burung tersebut dan bertanya lagi kepada suaminya itu.
Abang, kalau kita angkat kedua-dua belah tangan pulak apa jadi..???
Sameon pun menjawab..
Awak cuba la buat.
Nora pun mengangkat kedua-dua belah tangannya dan memetik-metik jarinya seperti yang dilakukan oleh suaminya tadi. Tiba-tiba burung itu pun berkata…

Satu-satu la bodoh!! mana satu aku nak ikut ni..! kiri ke kanan…!

KIsah Pak CIk Yang Terkangkang-Kangkang

KIsah Pak CIk Yang Terkangkang-Kangkang

Hujung minggu yang lalu, Nadia dan Aida telah pergi bersiar-siar di ibu kota Kuala Lumpur. Mereka merupakan pelajar jurusan perubatan di sebuah IPT tempatan yang terkenal. Ketika mereka sedang bersiar-siar, tiba-tiba mereka terserempak dengan seorang lelaki tua yang berjalan dalam keadaan terkangkang-kangkang. Lalu mereka pun berborak mengenai lelaki tua yang berjalan terkangkang-kangkang itu. 
 


Nadia: “Cuba kau tengok orang tua tu..dia jalan terkangkang-kangkang la. Aku rasa tentu orang tua tu menghidap penyakit Sindrom Petry.”

 Aida: “Tak la..aku rasNadia: “Tak…sindrom Petry la…

“Tak la….sindrom Zovitzki la…”
Mereka berdua saling bertekak mengenai penyakit yang dialami orang tua itu. Lalu Nadia pun membuat keputusan untuk bertanya sendiri dengan orang tua itu dan Aida tu pun bersetuju. 

Nadia: “Pakcik, boleh kami tanya sesuatu?” 

Orang tua: “Hah..tanya la.” 

Aida: “Kami tengok pakcik dari tadi jalan terkangkang-kangkang..pakcik menghidap penyakit apa..?? 

Orang tua: “Anak rasa pakcik ni ada penyakit apa?” 

Nadia: “Saya rasa pakcik ni menghidap penyakit Sindrom Petry..betul tak??” 

Orang tua: “Erm…bukan.” 

Aida: “Kalau macam tu tentu pakcik ni menghidap penyakit Sindrom Zovitzki kan??” 

Orang tua: “Pun bukan..” 

Aida : “Habis tu..pakcik ni sakit apa sebenarnya..???

Orang tua: “Ermm…….sebenarnya pakcik nak terkentut tadi…tapi terberak dalam seluar
pulak…..sebab tu pakcik jalan terkangkang-kangkang……….



Kisah Budak Yang Pintar

Kisah Budak Yang Pintar


Al- kisah Ada seorang cikgu tadika yang langsung tidak percaya dengan  kewujudan Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal. Cikgu yang telah sesat tersebut pun mula bertanya kepada murid-muridnya...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid :... Nampak cikguuuuu. 

Guru tadika : Pen ada kan? 

Murid-murid : Ada cikguuuuuu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? 

Murid-murid : tak nampak cikguuuuuu. 

Guru tadika : pen ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikguuuuuu. 

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? 

Murid-murid : tak nampak cikguuuuu.. 

Guru tadika : Tuhan ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikguuuuuu. 

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. 

Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar  bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan... 

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? 

Guru tadika : Boleh,mari ke depan. 

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? 

Murid-murid : nampaaaaak. 

Amin : cikgu ada kan? 

Murid-murid : adaaaaa. 

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? 

Murid-murid : tak nampaaaaak. 

Amin : cikgu ada otak tak? 

Murid-murid : tak adaaaaaa. 

Guru tadika : hmmm >.<




p/s :  sumber : BLOG REDZUAN-RIDZ

Maharaja Lawak Jozan | Minggu 5 | Minggu 6 | Minggu 7


Video Maharaja Lawak Jozan Minggu 5




Video Maharaja Lawak Jozan Minggu 6




Video Maharaja Lawak Jozan Minggu 7





Maharaja Lawak Jozan | Minggu 3 | Minggu 4


Maharaja Lawak Jozan Minggu 3



Maharaja Lawak Jozan Minggu 4



Maharaja Lawak Jozan | Minggu 1 | Minggu 2


Maharaja Lawak Jozan Minggu 1




Maharaja Lawak Jozan Minggu 2

Kisah Skandal Dengan Sepupu


Kisah Skandal Dengan Sepupu


Zack dan Mira adalah sepupu. Tiap-tiap kali kat kampung diorang akan kongsi satu bilik dengan adik si Zack jugak. Dpendekkan cerita  masa tu dah  malam raya., semua orang sibuk tinggal lah mereka berdua berbual-bual di luar rumah. dan  dengan tiba-tiba

Zack: Mira!

Mira: Nape Zack?

Zack: Ikut aku kat bilik tidur jap!

Mira: Jangan tarik!

Dalam bilik......

Zack: Kau tahu tak aku ni seorg lelaki yg pantang kalau tak dapat apa yg dia nak selama ni.......

Mira: Huh?

Zack: Dah tak tahan dah Mira! Cepat tanggalkan kain kau tu sekarang jugak!

Mira: Ape ni Zack??!!

Zack: Setelah sekian lama aku berkongsi bilik ngan kau Mira........ aku betul-betul dah tak tahan dah ni Mira! tanggalkan cepat!

Mira: Zack nanananti dulu.....Mira....

Zack: No excuse! tanggalkan skang! kau nak aku guna kekerasan???!

Mira: Jajajangan buat perangai camni Zack....Mira takut....... esokkan dah raya..... baru habis sebulan berpuasa....

Zack: Pasal esok nak raya lah aku suruh kau tanggalkan kain langsir kau ni!! Tiap2 tahun mesti guna kain langsir kau utk bilik ni! Aku tak kira tahun ni kain langsir aku pulak!

Mira: ce.....la.....ka.......

Confusing Chinese Name

Confusing  Chinese Name

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator : Yes, you can speak to me.

Caller : No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!

Operator : You are talking to someone! Who is this?

Caller : I'm Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It's urgent.

Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?

Caller : Well.... just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgen t matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator : I'm Saw Lee (Sorry).

Caller : Yes! You should be sorry. Now give me your name!!!

Rahsia Kejayaan The Rock

Alkisahnyerr...


Korang pasti mengenali The Rock bukan? Antara penggusti terkenal dan berjaya dalam arena gusti  Sebenarnya ada rahsia disebalik kejayaan The Rock .  Korang nak  tahu ? ni aku nak citer ckit  rahsia kejayaan  The Rock ialah pada masakannya. ya pada masakannya.  Selain bergusti, tugas The Rock adalah untuk memasak makanan untuk ahli-ahli  gusti yang lain seperti Stone Cold Steve Austin dan Big Show serta bos kesayangannya Mr.McMohan. The Rock akan mula memasak sebelum program WWE bermula dan selalunya masakan The Rock perlu didihkan selama 15-20 minit dan akan masak di akhir rancangan. Sementara menuggu masakannya mendidih hingga masak, masa inilah The Rock akan keluar dan bergusti.
 
Bila The Rock keluar dia akan bertanya dahulu kepada penoton “If you smell what The Rock is cooking?”, tujuannya tak lain dan tak bukan kerana the rock ingin meminta tolong penonton2 untuk sama2 menjaga masakan yg berada di atas dapur supaya tidak hangit. Jika ada bau nak masak atau hangit cepat2 jerit rocky. Jika makanan hangit maka pastinya The Rock akan dibelasah oleh rakan2 gusti yang lain.


Sebab itu penonton selalu menjerit rocky2 sebagai isyarat masakannya hampir masak dan supaya the rock gelabah pasal masakannya dan cepat2 belasah lawannya dan menang supaya dapat cepat2 pergi ke dapur. Kita selalu tengok kadang2 ada ahli gusti yang lain tiba datang dan kacau The Rock sewaktu perlawanannya. Sebabnya tak lain dan tak bukan kerana masakan The Rock sudah hangit dan ahli gusti yang datang kacau tu marah sebab tak dapat nak makan. Kesian The Rock.

Lawak Pendek | Pembuat Kuih Yang Pengotor

Alkisah... 

ceritanyer bermula macam ni,  di sebuah kem askar adalah seorang pembuat kuih yang dilaporkan membuat kuih dengan cara yang menjijikan.  Maka adalah seorang jeneral ini terhendap-hendap umpama nak skodeng anak dara mandi untuk menyiasat staff perempuannya yang dilaporkan menghasilkan karipap dengan cara yg agak menjijikkan. setelah di intip, memang benar didapati staffnya itu membuat karipap dengan menggunakan set gigi palsunya sebagai acuan karipap. Lalu dengan tak semena-menanya disergah staff nya itu.

jeneral : jenab, dah lama saya terima laporan ttg awak buat karipap ni. memang sah awak seorang pengotor....

jenab : tuan baru tengok saya buat karipap..tuan belum tengok suami saya buat donat..( sambil menunding donat di atas meja yang berlubang di tengah ) ....agak-agak macamana suami dia buat donat,ye...


moral : jangan makan donat yang berlubang besar...

Kisah seluar Dalam Yang Hilang

Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.

Ah Chong: Apa yang bising ni?

Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil

Ah Chong: Seri, betul kami yang ambil?

Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil

Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…
Ah Chong: Tentu awak tak cari betul ni…

Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…
Ah Chong: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul Pak… sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam… masakan saya teringin seluar dalam tu…

Kisah Si Pengantin Baru | Cerita Pasal Cabut Mencabut

Kisah Si Pengantin Baru |  Cerita Pasal Cabut Mencabut


Alkisahnyerr, toyib ...... 

Adalah sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. sedang berjuang menuju puncak kejayaan . ngeh ngeh. :) dipendekkan cerita, Pada tengah malam itu, tiba-tiba si isteri mengerang, “Adoi.. Adoi..  Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi nak cabut gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?


p/s : hohoho, comfirm otak korang da bertukar warna biru sebab korang fikir ni cerita blue. baca dulu sampai habis. ngeh ngeh ngeh

Kisah Professor Yang Memberi Kuliah

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Kisah Pengemis Dengan Pelajar Universiti

 Al kisahnyerrr....

 ada seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak .

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...

Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...

Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Anak anak Pakcik semua da abis belajar ke??

Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

Pepatah Mengarut Lagi Karut

Salam lawak brutal dari aku, hope korang sentiasa berada dalam keadaan brutal selalu. harini nak share ckit dengan korang semua pepatah mengarut lagi karut. hahahaha, diingatkan yang budak-budak sekolah korang jangan nak gunakan istilah pepatah ni bila jawab exam . bukan setakat kosong markah korang tapi silap-silap korang kena empuk dengan cikgu korang.

Pepatah diawah ni telah telah dimodified dari pepatah sedia ada. so sekadar 1 hiburan semesta alam, so tiada niat nak merosakkan bahasa Melayu. korang layan je pepatah mengarut lagi karut kat bawah ni. hahaha


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

11. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

12. berat mata memandang, berat lagi seguni beras

13. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

14. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

15. Lembu punya susu cap teko dapat nama

16. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

17. Hendak seribu daya, tak hendak tu lu punya pasal

18. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lagi best kalau  salji yang turun

19. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

20. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

21. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah

Terjemahan Istilah Komputer Direct ke Bahasa Melayu

beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer dalam bahasa Inggeris secara terus ke Bhasa Melayu. korang tengok sendiri apa jadi, baca terjemahan ayat dari terjemahan direct ke bahasa melayu.  amaran , kalau dalam bahasa inggeris ayat diawah biasa je, tapi lepas diterjemah secara terus hahahaha, ayat tadi menjadi lucah. tak percaya korang baca..

Istilah

Hardware: barang keras

Software: barang lembut

Joystick: batang bahagia

Plug and Play: cucuk dan main

Port: lubang

Server: pelayan

Client: pelanggan

Contoh

"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Terjemahan

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."



p/s : so kalau korang nak terjemahan macam istilah asal dari bahasa inggeris ke bahasa melayu secara terus kadang-kadang tu menjadi doule meaning and lucah ooo. hahahahaha.

Kisah Selsema Burung

Alkisahnyerr...

seorang lelaki telah menelefon seorang doktor untukbertanyakan mengenai selsema urung yang dijangkiti anaknya...

"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita selsema burung."

"Saya tahu,"jawab doktor.

"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat.


Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."

"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.

"Dia telah mencium pembantu rumah kami."

"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."

"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."

"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."

"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."

"Celaka,"jawab doktor tersebut dengan rasa seram,

"Kalau  macam tu aku pun dah dijangkiti jugak, cettt"  kata doktor tersebut dalam hatinya.

Kisah Teruna dan Dara | Dialog si Teruna dan Dara

Kisah Teruna dan Dara |  Dialog si Teruna dan Dara


Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan  sesekali kau berfikiran begitu!

Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal  seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna: Ya! Dara:

Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas pula yerr

Lawak 18SX | Kisah Panjat Pokok

Lawak 18SX  |  Kisah Panjat Pokok

Alkisah tersebut la kisah..


Ada seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga ditepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu

kampung tersebut sambil memandang keatas. "MasyaAllah" tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan

menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, tok penghulu memarahi beliau.

Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul

Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam.

Setelah pulang kerumah, budak tersebut menceritakan segala-galanya kepada emaknya. Esok pagi-pagi lagi, emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam.

Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00".

Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang keatas.

"MasyaAllah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak budak tersebut turun.

Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan.

Tok penghulu : Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul.

Selepas selesai membebel tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata :
"Nah 50 sen, pergi beli pisau cukur".

Kisah Seram | Kisah Dracula

Kisah Seram | Kisah Dracula
 "Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Dracula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PUNTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan

kata"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.

So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita Kotex. heheheheheheeeee...


sources email by linda

Kisah Seram | Misteri Bilik Terakhir Penjara Pudu



Pernahkah anda mendengar kisah seram kisah mengenai tirai bilik terakhir di Penjara Pudu ? Walaupun Penjara Pudu kini tidak lagi wujud namun keseramannya masih lagi menghantui mereka-mereka yang melalui kawasan penjara pudu.

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong,suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-! roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

 Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.


Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "
Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ..."

Video Usop Wilcha dan Johan di ABPBH 2010





Kisah Suami Isteri | Hak Penjagaan Anak

Kisah Suami Isteri | Hak Penjagaan Anak

Alkisah.......

 Ada sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin ?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."

All About Bra

All About Bra


Q: Which is the striped BRA?
zeBRA

Q: Poisonous BRA?
coBRA

Q: Mathematical BRA?
algeBRA

Q: Sunsign BRA?
liBRA

Q: Magical BRA?
aaBRA ka daBRA

Q: Religious BRA
BRA hmin!

Q: Metallic bra
BRAss

Q: Anjelina jolly' Bra
BRAd pit..

Q: Botany BRA
BRAnch

Q: Marketing BRA
BRAnd!

Q: AMERICAN PRESIDENTIAL BRA
BRAaak Obama

Q: puctuation k liye bra
BRAcket

Q: Scary bra....
GhaBRAahat!!!!

Q: Cricketers ka bra
BRAdd hogg

Q: How does d donkey cry...
BRAAAAA!!
Braaaaa!!
Braaaaaaaaaa!!!


Q: a room where BRA's are kept..
LiBRAry

Q: Bra which became the american president and inspired the whole world,
aBRAham Lincoln!

Q: The BRA which holds the record for most no of T20 runs in an innings?
BRAndon McCullum.

Q: which bra is very important for any vehicle
BRAke

sources

Lawak Pendek | Ajoi Pinjam Duit

Lawak  Pendek |  Pinjam Duit

Disatu petang yang hening, 2 sahabat yang tak berapa karib melepakkan diri diwarung mamak berborak kosong sambil menikmati segelas air kosong.



Suki: Apa hal ni Joi? , macam ada masalah aja.

Ajoi: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.

Suki: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?

Ajoi: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,

Suki: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?

Ajoi: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).

Lawak Facebook | Harta Pusaka yang Tidak Ternilai





Lawak Facebook | Harta Pusaka yang Tidak Ternilai
Di pendekkan cerita, setelah sekian lama berada di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya kerana kerinduan pada neneknyerr.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tak tahu pun?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????
 

Lawak Pendek | Si Penjual Buah Mangga Dengan Pembeli

Lawak Pendek | Si Penjual Buah Mangga Dengan Pembeli
Pada suatu hari di pasar Chow Kit yang penuh sesak, dengan orang ramai,  adalah seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga. Dialog tawar menawar dorang lebih kurang macam kat bawah ni

Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
...
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"

Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"

Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"

Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"

Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : erkkk ..
Pembeli : tak manis pun takpe , saya mesin kat rumah buat jus. tambah gula manis la
 

Horror Jokes | Two Ghost

Horror Jokes |  Two Ghost
Two ghosts met and both chat about how they died.

1st ghost : How u died?
2nd ghost : I died of cold.

1st ghost : How does it feel when you're dying in cold?
2nd ghost : Actually, I was accidentally locked in the refrigerator.


Initially, I was shivering, then my whole body started to freeze, later I felt the whole world was dark and I died suffocating.

1st ghost : Wow what a horrible way to die....
2nd ghost : How about you? How u die?

1st ghost : I died from heart attack.
2nd ghost : I see, why did u have a heart attack?

1st ghost : Actually, I found out that my wife is having an affair with another man.

One day, when I came back from work, saw a pair of man shoes outside my house. Then, I realized that the guy was in my house with my wife. When I rushed into the bedroom, my wife was alone.

I must find where that Guy is hiding. So I searched the toilet, I ran downstairs, looked in the storeroom, but the Guy was not there. So, I ran upstairs and searched thewardrobe, but I found nothing.

Because of all that running,I got a heart attack and died.

2nd ghost : Why you never look for the Guy in the fridge? The Guy was hiding there. We both might be alive now!!

TEMUBUAL PEMUDA DENGAN PAK CIK GEMBALA KAMBING

 Pemuda : Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Pakcik : Yang hitam pun sama...


=======================================================

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics