Kisah Malam Jumaat yang Mendamaikan (18SX)

Huit ! HAHA mungkin ada yang dah baca dan mungkin juga ada yang belum baca, korang baca la kisah benar dibawah ni 
 

Alkisah, pada suatu malam (Khamis Malam Jumaat) 

Mira: Syg!!
Zaini: yer!!

Mira: dah keluar ke blom syg..
Zaini: blom lagi la yang..
Mira : Syg!!
Zaini : yer!!
Mira : Cepat la syg, letih da ayg tahan nih..
Zaini : sabar la syg, tadi da nak kuar.. tiba-tiba masuk balik..
Mira : Syg!!
Zaini : yer syg!!
Mira : lama lagi ker… ayang da pedih2 da nih..
Zaini: abg pn pedih gak, ketat sgt la syg..
Mira : syggg!!! 
Izamir: arghh!! sikit lagi yang.. ermmm.. keluar pun.. berpeluh aku..
Mira : Syg nih..lama tau ayng tunggu luar toilet nih, berak batu ape..
   
Zaini : hehehe… jgn marah erk

Video Lawak Jepun Pecah Perut


Pertama Kali Dibedah

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."

"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."


---- Sumbangan: Man Jowo

Ujian Darah Dan Ujian Air Kencing

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shahir : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shahir : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Shahir pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Shahir : Saya datang untuk ujian air kencing... abis la aku sunat kali kedua ( kata Shan didalam atinya)

Lawak Zoo

Dipendekkan cerita.....

Adalah seorang mamat ni nama dia Amin. Setelah sekian lama mencari kerja akhirnya beliau telah diterima bekerja di sebuah zoo. Tugasnya adalah untuk memakai sut monyet yang disediakan dan bergayut di atas pokok seperti monyet yang sebenar. Oleh kerana Amin mempunyai pengalaman memanjat di kampungnya, maka kerja tersebut tidaklah terlalu sukar untuk dirinya.

Namun begitu,pada suatu hari,dia terjatuh ke dalam kandang harimau yg bersebelahan kandangnya.
Apa lagi, kecut perutlah si Amin ni apatah lagi melihatkan harimau tersebut sedang menghampirinya.. dia pun menjerit sekuat hati meminta pertolongan..

Amin : tolong2! Matilah aku macam ni. Menyesal betul la aku amik kerja ni. tolong2! Aku manusia la, bukan monyet.

Jangan makan aku.Harimau tersebut semakin lama semakin menghampiri diri Amin... lalu harimau tersebut pun berkata..

Harimau : Eh bongok ! Baik kau diam..karang tak pasal2 kita berdua kena buang kerja.

Amin : ???

Family yang Suka Menipu

Dalam sebuah kampung nih...tinggal la 1 famili yg terdiri drpd si anak, ayah dan ibu...
Si anak dan ayah sangat suke menipu..boleh kate tiap2 hari diorang kelentong penduduk2 kampung...
disebabkan itu, penduduk kampung x percaya kan diorg lagi...


Nak dijadikan citer, suatu hari tu...si ibu jatuh sakit..si anak dan ayah cuba kasi taw penduduk kampung, tp x de sutir org pon percaya...
Diorg pun fed up campur sedih....lps tu si ibu pun mati...si ayah dan anak masing2 merasa bersalah atas kematian isteri @ ibu yang tercinta....
So diorg wat keputusan nak berubah..x moh menipu lagi..

Suatu hari tu, mase kat tepi sungai......

ayah: kite kena berubah...biar org percaya lagi kat kite..

anak : btul tu..

ayah : aish...boring la pulak...apekate kite main selam2 nak??? sape leh selam dlm sungai paling lama die dikira pemenang...

anak : woookey..bereh

lalu, si ayah pun terjun dlm air..si anak tunggu kat tepi tebing...

10 minit berlalu......

20 minit berlalu.....

30 minit berlalu....

si ayah masih x timbul2...si anak mula bimbang...

plurp...si ayah pon timbul....

anak : apsal lama sangat menyelam tadi????

ayah : ehehehe...sorry la ek..td mase tgh menyelam..ayah jumpa kawan baik ayah..pastu die ajak ayah minum kopi kat warung...sbb tu lama tadi..( tipu si ayah)

kini, giliran si anak lak menyelam.....

x sampai 1 minit, si anak timbul...berserta kepalanya yg berdarah....

ayah : aik....cepat nya timbul...haaaaa, apsal kepala berdarah tu????

anak : ni sume ayah punya pasal la...len kali , kalu nak gi warung tuh, bawak la duit....x pasal2 saya lak kena tibai kat kepala pasal ayah x bayar hutang kopi td...adoiiiiiii

Kisah 3 Orang Pemuda dan Mak Nenek

Alkisahnyerr...

Di sebuah negeri di hujung dunia  terdapat sebuah gunung yg digelar 'Gunung Hajat' di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat, maka ia akan termakbul. Maka 3 orang pemuda yang bersahabat baik pun terus ke sana untuk memenuhi hajat masing2.


Tiga org pemuda tersebut telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak. Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan Kapushh... dia telah menjadi seekor burung.

Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dgn apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, "Aku nak jadi superman !!!". Sudah tentu, permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, "Kenapa... tak percaya aa??"

Pemuda ketiga pun dah naik jeles dgn pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat utk menjadi pesawat Stealh utk mancabar pemuda kedua. Dia pun berlari, akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, "Mak nenek... ", dan terus jatuh ke bawah...dan menjadi .....

p/s : korang teka lah pemuda ketiga jadi ape . hahahahahaha

Pelacur dan Pemandu Teksi

 
Seorang lelaki membawa kekasihnya pergi berjalan-jalan jauh dari bandar dan tiba-tiba lelaki itu
memberhentikan kereta nya disuatu tempat yang sunyi...

Lelaki itu memandang kekasihnya dengan pandangan yang menggoda ...Tiba-tiba kekasihnya bersuara. Sayang, sebenarnya I sepatutnya bagitau u awal2..I sebenarnya pelacur..so kalau u nak...u kene bayar..sekali RM50..

Lelaki itu merenung kekasih nya yang seksi itu..lalu tanpa bicara menghulurkan RM50 kepada kekasihnya itu..Lalu mereka pun melakukannya...

Setelah selesai...Lelaki tersebut hanya menghisap rokok dan merenung ke luar tingkap kereta..Setelah beberapa ketika..Kekasihnya bersuara Sayang...takkan kita nak lepak sini je..jom la kita balik ke bandar....Lalu lelaki itu pun menjawab..Sebenarnya dah lama I nak gtau u awal2 yang I ni driver teksi...kalau u nak balik..u kena bayar i RM60.

Kisah Si Ibu Mengandung dengan Lelaki

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.

"Encik, bolehkan bagi saya d uduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..".

Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata,

"Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..".

Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula?

Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu berkata

"Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh ...

Penjahat Dan Penjara

Al-kisahnyerrr......

Malam pertama ibarat penjahat dan penjara. Begitulah yang bakal dialami oleh sepasang pengantin baru yang baru berkahwin.Pasangan pengantin baru tersebut sedang bersiap menikmati malam pertama mereka.

Pengantin perempuan berkata "Abang Kordi,saya masih anak dara sunti segar bugar yang tidak tahu apa apa tentang seks. Bolehkah abang Kordi menerangkan dahulu secara terperinci sebelum kita melakukannya?"

"Hubungan asmara itu senang sahaja, kita ini umpama penjara, yang sayang punya tu selnya, dan yang abang punya ini umpama penjahatnya. Dipenjara, penjahat harus dimasukkan kedalam sel " Terang pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kordi ataupun nama femes beliau dikampung beliau, 'Pak Cik Kordi dan lembunya'. Lalu mereka pun mula bercumbuan dan mengharungi lautan asmara.

Setelah selesai, si pengantin lelaki terbaring dan memejamkan matanya, si pengantin perempuan berkata "Bang Kordi,penjahatnya terlepas"

Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan semula 'penjahatnya' ke dalam 'sel'. Rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang pertama kali dirasakannya. Setiap kali selesai, dia selalu mengatakan penjahatnya lepas dan melarikan diri,keluar dari selnya. Setelah kesekian kalinya, si pengantin lelaki dengan nafas termengah mengah mengatakan..

"Sayang, penjahat ni bukannya kena hukuman penjara seumur hidup!" sambil terbaring lemah..

Monyet Pandu Kereta ?

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua, seorang wanita tua dan dua orang anak kecil..luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga berkenaan yang masih sihat tanpa sedikit luka pun.

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.

Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?”

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?”

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?”

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

“Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?”

Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…

Kisah Penternak Lembu Yang Gay

Di suatu kawasan pedalaman di Texas , seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.

Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.

Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang.. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah.

Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya. " Kata Janet.

John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but ku."

John buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."

Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."

Dia buat juga.

"Sekarang buka baju dalamku ."

Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang... .buka seluar dalamku..."

Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics