Undang-Undang Baru Jalan Raya

Jabatan Pengangkutan Jalan  ( JPJ )telah melakukan beberapa ujian terhadap tali Pinggang keselamatan yang baru.

Ujian telah menunjukkan kemalangan dapat dikurangkan sehingga 95% jika ia dipasang dengan betul. Ia dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan tekanan darah hingga 40%.


Pemasangan yang betul seperti dalm gambar ini :


HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG

BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI..

Haram menikahi gadis satu kampung JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi diantara para pemimpin JAKIM
dan ahli ulamak, memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan

bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tersebut tidak munasabah dan terburu-buru.
Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam
sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut :



Wartawan : Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung!!!

Misteri Bola Pingpong !


Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri . Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam keputusan  SPM ? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah universiti terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asyik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor "

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asyik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer

"Apa dia" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misterinya ? Anda nak tau ????

ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

Kisah Sedih 3 Orang Rakan

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Camne ni...rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga
untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil
aku....bla bla..bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar
tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka
kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh
abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak
bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA TERTINGGAL DALAM KERETA....UWAAAAAA

LAGU BARU - PTPTN

(adaptasi dari lagu pontianak sundal mlm) . nyanyi ikut melodi lagu 'pulangkan' misha omar .

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua

p/s : bayar hutang PTPTN anda.

Magik


Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis..

Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu,
lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan
duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya.

"Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya

lalu  si anak berkata, "Buat lagi sekali ayah.

Manual Untuk Mat Saleh Speaking Malay

.1. BELACAN = BELL - ARCH - UN

2. TEMPE = TEMP - AIR

3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK

4. JERING = JAR - INK

5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG

6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK

7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG

8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT

9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK

10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB

11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - SONG

12. PEKASAM = PEAK - A - SOME

13. GULAI KAMBING = GOAL-LIE - COME - BANK

14. SIRAP = SAY - RUBB

15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK

16. CILI PADI = CHILD - LY – PADDY

Kisah Tuan Puteri Mencari Suami




Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.

Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut.

Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan
kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu.Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang,menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut.Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya...

Kemudian muncul lah elaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun di tangannya!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.

Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi...Apakah yang puteri itu pegang?

COKELAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN

Kisah Si Duda dan Janda


Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda...

Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "...

Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."...

Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu... "ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ...

Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tak?.."...

Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak
seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tuea... memori pendek sikit... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk datang rumah tak molek ,plak dah malam ...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua, mudah lupa... petang tadi aku bertanya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."...

Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati...

selamat!! Nasib baik ko telepon aku ..Pak Uda... "...

si duda pelik dengan kata-kata si janda lalu bertnya...

"Kenapa...?? "...

Dan si janda menjawab..

"Aku pun lupe saper yang ajak aku kawin petang tadi"

Mentol Lampu


Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.

“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..

Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.

“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.

“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”

Lelaki Jepun makan 32 biji telur rebus dalam seminit!



Salam lawak-brutal semua , kali ni nak kongsikan dengan semua pembaca blog lawak ni dengan info . i bukan info lawak tapi memang real info .. asyik konsi citer lawak je kan . sekali sekali kena diisi otak kita dengan info . :) tak gitu orait just nak share dengan korang info kehebatan seorang mamat dari jepun ni .


Gilo kambing! Juara makan Jepun iaitu Takeru Kobayashi makan 32 biji telur rebus dalam masa 1 minit,
 ketika melawat pejabat Sports Illustrated. Takeru Kobayashi, pemakan profesional yang berusia 33 tahun itu turut memegang rekod dunia bagi makan hot dog selama hampir enam tahun.

Jenis tekak dan perut apa ntah ni. Makan power, tapi tubuh tak gemuk pun. Tapi orang di sekelilingnya kena berhati-hati lah. Jangan biarkan hidup anda, diselubungi kentutnya. Jangan sesekali tiru aksi ini lah huhu

Motosikal Evolusi Baru

Salam Lawak brutal semua .. kali ni just nak ongsikan gambar motosikal terbaru dengan rekaan yang sungguh futuristik .. korang tengok kat bawah ni .. memang terbaik kottt

II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVVVVVV
VVVVV
VVVV
VVV
V






Kisah Om Jual Gas


Pada suatu hari seorg om yg brnama papu tlh mndpt kerja disebuah kedai gas. Lalu di arah kan utk menjual gas tersebut.


boss :papu ini halii gua maw luu pigi antar ini gas kasih jual sama org.

Papu :ok boss, kauu tenang saja, kalau boleh ituu..sama lori2 kau saya kasih jual.

Lalu si papu puwn berangkat,tda lama kemudian ada roadblock besaran2.lalu papu puwn panik.

Papu :macam manaa iniii,,haisssss pulis sana sini klu terus sajaa, masuk penjara inii.

Tnpa melengah kan msa,papu melari kan dri dan keluar dari lori itu, dn tgl kan lori gas begitu sja.lalu kembali ke tmpt boss nya.

Boss :papuu ini halii manyak untung ahh?gua tingu luu munya muka manyak susah.

Papu :mcam mana tdk susaa boss, puliss disanaa tungu2,itu tarapik boss 3paku dia kasih tunjuk.

Boss :luu ahh bikin bisnes gua susaa woo...itu lori mna?

Papu :itu lori saya kasih tingal dsnaa saja..

Boss :luu tiadaa gunaa!punya org lori gas luu kasih tingal...

Papu :dehngar boss, jgn mara sajaa,sdg kan NIGRI saya,saya kasih tingal...apaaa lagi kau punya lorii...

bikin  susa saja..bwa teruss....

Senarai Filem Yang Diharamkan Tayangannya

Salam Lawak brutal semua kepada semua pembaca setia blog ni . kali ni  just nak kongsikan dengan korang2 semua senarai-senarai filem yang diharamkan tayangannya pasti korang pun tak tau . kat bawah beberapa filem yang tidak ditayangkan kat malaysia ..



Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE

Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang kerja.



Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung

Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.


Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT

Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.


Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)

Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz) menguap sambil ternganga.


p/s : sekadar lawak , kepada semua jangan amik ati , hehehehehe :)

Nobita dan Doraemon Bila dah Tua ....

Salam lawak brutal semua .. arini nak share gambar je .. mesti korang semua kenal dan tahu siri kartun jepun terkenal , kartun doraemon .. bayangkan rupa Nobita dan Doraemon tua nanti .. korang tengok kat bawah gambar bila si Doraempn dan Nobita dah tua

II
III
III
III
III
III
IIII
III
III
III
III
III
III
III
III
III
III
III
III
III
VVVVVV
VVVV
VVV
V




tak boleh blah betul ... hahahahahha

Surat Cinta Si Tijah

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur . Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yang berjaya "dicuri"

Mike.... I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook.

I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don''''t want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don''''t want banana to fruit two times. Safe walk..


p/s : dasyat suratnye..english broken habis,  hahahahaha ..  :DD

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics