promosi gempak iklan disini hanya RM30 sebulan ..

10 Makna Tersirat Disebalik Kata-Kata Perempuan



Salam LaWaK-bRuTaL semua :) Kadangkala kita terlalu jujur memahami seseorang wanita hanya dari kata-katanya yang kita dengar~ tahukah anda bahawa tidak semua yang dikatakan oleh seorang wanita bukanlah kehendak sebenar, ia cuma berselindung disebalik kata-kata dari maksud sebenar yang diinginkan.. Meh tengok 10 makna tersirat disebalik kata2 seorang wanita.



Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!



Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.



Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.



Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...

Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.



Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi: I taknak u kecewa sebab hati I masih untuk orang lain.



Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...

Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.



Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.



Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.



Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..

Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Eheh betul ke ni, hanya pompuan je ble ckp ^^


Hahahaha xD ,kepada kaum Adam...Diharap anda menjadi seorang lelaki yang lebih memahami... Perkongsian ini hanya sekadar hiburan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[ Arkib Simpanan Lawak ]