Kisah Mayat Tersenyum



Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki
serentak. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan:

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok.

Polis : OOooo

Penjaga : Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung

Polis : Oo

Penjaga : manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Polis : ??!!

Pak pandir dan Doktor Psikologi



pak pandir berjumpa dgn doktor psikologi.

pak pandir:tuan doktor semua org kata otak saya lembap. betulkah tn doktor? apakah tanda-tanda bahawa otak seseorg itu lembap?

doktor: saya akan bertanya satu soalan. jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap...

pak pandir: apakah soalannya tuan doktor?

doktor: kapten hook dikatakan orang pertama yg belayar mengelilingi bumi. malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?

pak pandir: mmmm... susah betul lah doktor soalan ni . tukar soalan lain boleh doktor?

doktor: ???

Petua Mengempiskan Perut Berkesan





5 Langkah mudah untuk anda Mengempiskan Perut Dengan Self-Hypnosis


1. Bangun pagi-pagi

2. Berdiri tegak. Kemudian tundukkan kepala, tatapkan ke perut

3. Bongkokkan badan anda

4. Buka pakaian anda

5. Lalu tampar perut berulang kali, sambil mengucapkan : "Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin Malu!"

Pasti anda bersemangat untuk mengempiskan perut anda...heheheeh!!

Lawak Pak Pandir : kedai Pak Pandir Kena Rompak



Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektrik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM100 ribu ringgit. Seorang pemberita Mazidul akmal dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut yg bernama Pak Pandir..

Mazidul: Berapakah kerugian yang pakcik alami kerana rompakan ini?

Pak Pandir: Rasa-rasanya seratus ribu lebih tapi, tapi masih untung lagi la...

Mazidul: Macammana pulak pakcik boleh kata masih beruntung....?

Pak Pandir: Saya masih untung kerana rompakan itu berlaku hari ni bukan semalam...

Mazidul: Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..???

Pak Pandir: kerana hari ni kita ada bagi diskaun 50% untuk semua harga barang..kalau semlm harga takde diskaun lagi...

Mazidul : @#$!$^%^

Lawak Best : Pak Mat Yang Stress




Pak Mat merupakan seorang pemandu teksi . satu hari seorang gadis cantik telah menaiki teksi beliau . di pertengahan jalan, tidak semena-mena gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress !

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

 Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.


SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??

Lawak Sengal : Kisah Lucu Helikopter




Tiga orang di dalam helikopter yang sedang terbang di udara.

Orang pertama menggigit sebuah epal. Dirasakan terlalu manis, ia melemparkan epal tersebut keluar.

Orang kedua menggigit jeruk, tapi kerana terlalu masam, ia pun membuangnya keluar.

Orang ketiga menggigit bom tangan dan kerana terlalu keras, ia pun melemparnya keluar.

Ketika helikopter mendarat, ketiga orang tersebut berjalan bersama-sama.

Mereka bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis.

“Kenapa menangis?” tanya mereka.

“Sebiji epal jatuh dari langit, menimpa anak kucingku, dan mati, hu.hu.hu.”

Mereka pun meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis.

“Kenapa menangis?” tanya mereka.

“Sebiji jeruk jatuh dari langit, menimpa anak arnab saya, terus mati, hu.hu.hu.”

Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan gemuk yang ketawa terbahak-bahak sambil membongkok.

“Makcik, kenapa tertawa?” tanya mereka.

“Tadi itu, saya kentut. Tiba-tiba bangunan di belakang saya terus meletup ha..ha..ha..” -
\

Sifat Manusia Berdasarkan Kentut




Sifat manusia berdasarkan kentutnya.. wajib untuk korang baca ..

ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

ORANG YANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam-jam

ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut

ORANG YANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut

ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil
orang lain

ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri

ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa
terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

ORANG YANG BONGOK
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan angin yang keluar

ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi
"tit - tit - tittttt"

ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi

ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi
"blekutuk - blekutuk - bloop - bloop - bloopp"

ORANG YANG ATLET
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya itu merdu, harum dan wangi...

p/s : baca-baca gak.. korang yang mana satu..

Lawak Double Meaning : Upin 1 Kaki




Upin pernah mengalami kemalangan semasa bekerja sebagai guru tadika di afrika dahulu. Kakinya telah ditarik oleh anak-anak muridnya yang nakal sehingga mengakibatkan sebelah kakinya kudung. Namun begitu dia masih lagi mampu berjalan menggunakan sebuah kaki palsu yang dijumpainya di dalam hutan kira-kira 2 tahun lalu semasa dia sedang mencari cicak tokek untuk jirannya.

Upin pulang ke Malaysia awal tahun ini untuk melangsungkan perkahwinan dengan Midah, seorang gadis cantik anak Pak Seman seorang imam di kampung halaman Upin. Upin terpaksa merahsiakan keadaan kakinya yang tinggal satu, berikutan bimbang keluarga tunangnya mungkin akan menolak dirinya menjadi menantu keluarga mereka.

Selesai majlis perkahwinan, Upin masuk ke bilik untuk menjalankan misi bersama isterinya Midah. Sebelum memulakan langkah Upin berpesan kepada isterinya itu, "Sayang.... nanti kalau sakit jangan menjerit kuat-kuat ye, takut mak ayah terbangun!", Midah membalas, "Baiklah abang sayang". Beberapa minit menjalankan misi, Upin menanggalkan kaki palsunya kerana rimas.

Midah terperanjat lalu menjerit "Mak! Tolong! Tolong! Abang Upin satu kaki!", jeritannya mengejutkan ibunya di bilik sebelah. Tidak lama kemudian terdengar suara ibunya mencelah, "Wow, eloklah tu! Bapak kau dulu tiga inci je! Semoga bahagia ye Midah..."


Upin dan rakan-rakannya yang sedang bermain bola di Afrika 

Lawak Double Meaning : Bapa Yang Pandai





Al-kisah ada seorang budak lelaki yang baru jer akil baligh , namanya si Beckham . pada suatu hari beckham bertanya pada ayahnya mengenai persoalan berkaitan seks ..

beckham: pak, betul ke make love tu best?

bapak: haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

beckham: tapi betul ke org pompuan lagi rasa best?

bapak: kalo kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

beckham: tapi kenapa org pompuan tak suka diperkosa?

bapak: kalo kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu... kamu suka tak?!

beckham: betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?

bapak: kalo hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!

beckham: kenapa org lelaki tak suka buat tu pakai kondom?

bapak: kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?!

beckham: waaahhh... bapak ni pandailah!

bapak : :)

hahahhahahaha......

Video Hantu Dalam Tandas Perempuan


salam lawak brutal .. kali ni just nak share video seram lawak ni dengan korang , jom layan 


Lawak Cinta : Baju Cinta




Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.
Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang
membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.

"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.

Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.


Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami.
Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya,
sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.


Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya.

Kemudian sinenek tadi pun menunggu si atok pulang.Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.


"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer....."

Lawak Gila : Bila Pelajar Sains Bercinta




Di ambang sore nan hening.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?

Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau : Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.

Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?

Aku : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau : Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Kau : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.......


Kisah Malam Pertama Jamil Dan Ayu






Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama.

 Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya.

Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia.Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan.

Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,”BERAT BERSIH 25 KG” . Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

Lawak Sengal : Nak Kena Jentik lagi ?




Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...

itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.
Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya
yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang
boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni.
Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...)
 Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat
kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada
siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya...
raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu
dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?"

Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics