10 Sebab Mengapa Orang Like Status Facebook




Pernah tak anda rasa ada diantara rakan anda sendiri, bila dia update saja apa-apa status di Facebook tak sampai beberapa ketika berpuluh orang akan like?

Padahal bukannya status yang mempunyai apa-apa makna. Ia sekadar mengucap selamat pagi atau selamat malam saja.

Sebenarnya banyak juga perkara yang menyumbang  seseorang itu suka atau ‘like’ status seseorang itu.

Jom kita baca antara sebabnya..

1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..(ramai yang macam ini).

2. Post itu mengandungi banyak info yang berguna terutamanya tentang pelajaran, hal rumahtangga dan hal agama.

3. Orang yang post tu lawa atau hensem dan dia dah lama stalk secara senyap-senyap, secret admire la katakan..

4. Like secara rambang saja, kalau orang tu tulis benda-benda menarik like la, tak pilih kasih okay.

5. Tertarik dengan post tu terutamanya tentang ayat-ayat puitis dan ayat-ayat cinta.

6. Suka like status kawan baik sendiri, motif? So dia pon boleh la like status anda sekali.

7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam post someone to betul!! Malah kita pun tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu.

8. Selalu like post orang yang berpengaruh, dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang like, kita pon teringin nak like.

9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. dia bukak timeline sorang tu, then dia like je tak kira gambar, status, komen, semua dia nak like. (syokla tu menambahkan notifications orang..bila orang tu tengok tadi , fuhyoo 159… tapi last-last 108 dari like orang yang sama).

10. Bila dah lama updates status, dia tgok orang tak like, then dia pon like post dia sendiri…hahaha…oppsss!!

Jadi agaknya anda tergolong dalam kategori mana ye?

Tips Untuk Orang Yang Tak Hensem






Tips bagi yang merasa sebagai lelaki tak hensem .


1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpan...annya ^^ DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana hensem itu keturunan.. betul tak ?  LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau anda merasa sisi luar anda memang hampeh. THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jangan sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodo jer, ingat film Beauty and The Beast kan? NO GAIN WITHOUT PAIN

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem anda akan banyak dosa JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu) THE TRUTH IS OUT THERE


7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, so pindah ke sana jer hehehehe THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem.  LOVE IS BLIND



Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem. Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain yang melihat anda .


Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile, percayalah..orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)… Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul. anda memang tak hensem. maaf.. cuma bergurau.

Sayang Bini vs Sayang Kereta




Seorang suami membuat laporan di balai polis mengenai kehilangan isterinya.

“Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam sembilan malam tadi dia belum pulang ke rumah,” terang suami dengan nada kerisauan.

“Pukul berapa isteri encik keluar rumah?” tanya Inspektor sambil mengambil report.

“Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya.”

“Umur isteri?”

“Oh! Umur? Mmm, tiga puluh. Tiga puluh dua.”

“Berapa ketinggian isteri?”

“Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya.”

“Kurus atau gemuk?”

“Err, tak kurus juga. Sederhana rasanya.”

“Warna kulit?”

“Mmm, agak cerah.”

“Warna rambut?”

“Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf.”

“Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah?”

“Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar.”

“Warna baju?”

“Tak perasan tuan.”

“Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah?”

“Ya betul. Kereta saya.”

“Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi?”

“Spesifikasi? Okey, BMW F30 model 335i M Sport Coupe keluaran facelift 2013. Nombor plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber. Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5 inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali. Brek Brembo Signature caliper warna emas.

Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10 sen kena langgar kapcai pada hari raya Cina kedua dan juga ada sikit calar sepanjang 2.5 inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas.”

Dan tiba-tiba si suami menangis.

Lantas Inspektor  bersuara, “jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik.”

Nasi Goreng Janda


Lawak Laki Bini




Ada seorang jemaah masjid yang baru dengar kuliah dari ustaz yang bercerita pasal fadhilat ucapan terima kasih kat isteri. Dia dah 30 tahun kawin dan tak pernah ucap terima kasih pun kat isteri.

Jadi balik dari masjid dia berazam untuk ucap pada isteri dia. Sampai di rumah isteri dia telah  menghidangkan nasi goreng. Sebaik saja dia makan nasi goreng tersebut dia terus ucap terima kasih dan puji melambung-lambung peri sedapnya nasi goreng tu.

Tiba-tiba isteri dia tercegat dengan mata terbeliak dan berkata, "30 tahun saya masak nasi goreng, abang tak pernah puji pun. Bila makan nasi goreng ni, puji bukan main lagi".

Jawab suami tu kehairanan,"Jadinya??"

Bini dia pun jawab dengan nada marah, "Nasi goreng tu janda sebelah rumah yang bagi".

Suami terus terkedu.....

Dialog Lucu | Lawak Pendek

Dialog Lawak Lucu


 
3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji  kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi,bos..


TAK BERANI

Di zoo, sorang pekerja di marah ketuanya.

Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.

Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.




PECAT

Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…


ATOK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat….Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.

Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”

Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”

Emin  : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah,sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.

Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau

Jokes : The Confused Girl




A little girl asked her mom, "How did humans appear?"

The mom said, "God made Adam & Eve & they had offspring." Later she asked her dad & he said, "Humans evolved from monkeys."

The confused girl returned to ask her mom; "Mom, how is it possible that humans were created by God & dad said they evolved from monkeys?"

The mother answered, "Well dear, I told you about my side of the family & your dad told you about his."

Apabila Mr.Bean Jadi Terminator

Rowan Sebastian Atkinson adalah seorang pelakon yang terkenal sebagai seorang pelawak, dan penulis skrip. sape yang tak kenal dgn Mr.Bean Bayangkan jika Mr Bean jadi Terminator ..








Cerita Lawak : Kertas





Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau
Muda?"

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"

Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh

Wakakkakakaka................. :)

Life is full of Traps



Some feel that problems exist only in childhood or at early stage of life like this…




Some feel that problems exist only when we disturb someone like this…










Some feel that problems exist only when we are ready to take anything like this…









Some feel that problems exist only when we do things blindly like this…





Some feel that problems exist only when we dare to enter a trap like this…








Some feel that problems exist only when we are in love with someone like this…








Some feel that problems exist only when we try to aim at very huge things like this…




Perempuan Yang Berbadan Cantik dan Sasa



salam satu malaya , harini aku nak share dengan korang gambar wanita taff. badan korang pun kalah beb Ada sesiapa nak kahwin dengan perempuan macam ni tak ??. gila wa tengok rasa seram jer bulu tengkuk . muka pun dah jadi pelik semacam jer  . kalau macam ni punya badan penyamun pun tak berani .











Kisah di Mahkamah




Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,

"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...

"Saya bernama Amran,jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan parang... dia selalu cakap... tak ada!"

Apabila Saksi Yang Bengap Di Soal Di Mahkamah

Nak dijadikan cerita di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.




Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG TERBUNUH TU LAHHHHH!!!!!


Video Prank 18SX | Lawak Ais-krim

lawak aiskrim .

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics