Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Arif, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman Sempoarna. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu : Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Mamat : Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan , ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar la cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat ? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: emm,  patutlah.

1 ulasan:

  1. boleh tak saya nak copy paste..nak print and nak baca untuk hari guru nanti... saya tak masukkan dalam blog saya pun..

    BalasPadam