Alkisahnyerr...
Di sebuah negeri di hujung dunia terdapat sebuah gunung yg digelar 'Gunung Hajat' di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat, maka ia akan termakbul. Maka 3 orang pemuda yang bersahabat baik pun terus ke sana untuk memenuhi hajat masing2.
Tiga org pemuda tersebut telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak. Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan Kapushh... dia telah menjadi seekor burung.
Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dgn apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, "Aku nak jadi superman !!!". Sudah tentu, permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, "Kenapa... tak percaya aa??"
Pemuda ketiga pun dah naik jeles dgn pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat utk menjadi pesawat Stealh utk mancabar pemuda kedua. Dia pun berlari, akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, "Mak nenek... ", dan terus jatuh ke bawah...dan menjadi .....
p/s : korang teka lah pemuda ketiga jadi ape . hahahahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan