Cerita Lawak : Kisah Tiga Sekawan


Tersebutlah kisah 3 sekawan yang hendak berguru dengan seorang mahaguru yang terkenal..

 Mahaguru tersebut telah mengajak ketigatiga sekawan tersebut kesuatu tempat yang tidak diketahui. Sebelum memulakan perjalanan mereka mahaguru itu berpesan supaya setiap seorang dari mereka mesti membawa seketul batu. Si A dn si B membawa seketul batu yang besar tetapi kawan mereka yang seorang lagi hanya membawa sekrtul batu yang kecil..


Selepas berjalan lebih kurang 20km mereka pun merasa lapar dan mahaguru tersebut membawa mereka berhenti dan berkata " sila letakkan batu yang kamu bawa kerana saya nak jadikannya makanan kamu" maka kedua sahabat yang membawa batu yang besar mendapat makanan yang banyak tetapi se kawan yang membawa batu kecil hanya mendapat makanan yang sedikit.

Si kawan merasa sangat marah.. Selepas makan, mereka memulakan perjalanan semula dan seperti biasa mahaguru tersebut menyuruh mereka membawa seketul batu seorang. Kali ini si A dan si B hanya membawa batu yang kecil tetapi kawan mereka yang seorang membawa sektul batu yang besar...

Apabila tiba pada suatu tempat mahaguru tersebutpun berhenti. dan berkata " sila balingkan batu yang kamu bawa sekuat yang boleh sebab lagi jauh batu itu jatuh maka lagi besar kawasan tanah yang akan saya berikan kepada kamu."


Maka mereka pun membaling batu yang mereka bawa. Sekali lagi si kawan marah kerana dia tidak mampu membaling batu sejauh 2 kawannya sebab batu dia besar.. Selepas itu mereka memulakan perjalanan mereka dan kali ini mahaguru tersebut menyuruh mereka membawa 2 ketul batu seorang.

Si A dan si B membawa 2 batu yang sama besar tetapi Kawan mereka ini membawa 2 batu- 1 kecil dan satu besar- dengan harapan jika mahaguru mahu menjadikan batu itu sebagai makanan maka dia akan menggunakan batu yang besar, dan jika mahagu mahu menggunakan batu utk mendapatkan tanah dia akan memberikan batu yang kecil...


Apabila sampai ke suatu tempat mahaguru itupun berkata" sekarang bersedialah kamu kerana batu yang kamu bawah itu saya akan jadikan biji pelir kamu" Alangkah terperanjatnya kawan mereka yang seorang kerana biji pelir yang menjadi sebiji kecil dan sebiji besar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan