SITUASI 1
Cikgu : Amin, jika ayah kamu mempunyai wang sebanyak RM10 dan kamu meminta sebanyak RM6 darinya, berapa banyakkah lagi baki wang yang ada pada ayah kamu?
Amin : RM10 cikgu!
Cikgu : Amin kamu tak tahu mengira ke?
Amin : Cikgu tak tahu ayah saya!
SITUASI 2
Mama : Amin, mari sini!
Amin : Ya Mama, kenapa?
Ibu : You really disappoint me. Keputusan kamu sangat teruk!
Amin : Tapi Mama, Amin hanya akan dapat buku laporan Amin esok.
Mama : Mama tahu, tapi Mama nak ke Hong Kong esok, jadi Mama akan hukum kamu sekarang.
SITUASI 3
Papa : Amin, kenapa kamu gagal dalam ujian matematik?
Amin : Pada hari isnin, cikgu cakap 3+5 = 8
Papa : Jadi, apa masalahnya?
Amin : Hari selasa, cikgu cakap 4+4=8, hari rabu cikgu cakap 6+2=8. Kalau cikgu sendiri tak pasti dengan soalan, bagaimana saya nak dapat jawapan yang betul?
SITUASI 4
Cikgu : Amin, kenapa karangan kamu mengenai kucing sama dengan karangan yang Siti buat? Kamu tiru ya?
Amin : Saya tak tiru cikgu, sumpah… err… kami buat karangan tentang kucing yang sama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan