Pak Pandir dan Tahi

Restoran Tandas,taik


Pada suatu petang, Pak Pandir pergi bersiar-siar di kawasan rumahnya kerana bosan duduk di rumah. Ketika sedang bersiar-siar, dia terjumpa seketul tahi yang masih lagi baru. Pak Pandir melihat tahi tersebut dan berasa muykil sama ada itu tahi atau pun bukan. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengkaji tahi tersebut untuk memastikan sama ada ianya betul-betul tahi atau pun bukan.
Pak Pandir melihat tahi itu dengan lebih dekat dan berkata.. 

“Hm….bentuk macam tahi…..”

Kemudian dia memegang tahi tersebut serta meramas-ramas dan berkata lagi.. 

“Lembik macam tahi…….”

Setelah dia memegang tahi tersebut dia menghidu pula bau tahi tersebut dan berkata.. 

“Bau macam tahi…….”

Oleh kerana dia masih ragu-ragu lagi Pak Pandir pun mengambil keputusan untuk menjilat tahi tersebut dan berkata dengan penuh yakin.. 

“Sah!! Memang tahi! Nasib baik aku tak terpijak………..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan