Jack, Queen, dan King

Di dalam sebuah kelas darjah 2 , Cikgu bertanya kepada murid-muridnya,


Cikgu : “Siapa yang pandai membilang?”

Seman mengangkat tangan.

“Betul ke kamu pandai membilang?”

“Tahu Cikgu. Ayah yang ajar.”

“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”

“Empat.”

“Bagus. Selepas enam?”

“Tujuh.”

“ Selepas sembilan?”

“Sepuluh…”, jawab Seman.

“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa?” tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, “Jack, Queen, dan King.”


---- sumbangan: Alon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan