Suami Yang Sengal

 


Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata :

" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "


2 ulasan:

  1. Hisy,x lenguh ke jari-jemari ko menaip sume lawak-lawak ni?Tapi,lawaknya sume besh lar....mana ko dapatlawak ni ek?

    BalasPadam
  2. Kelaka bewtol suami diye .. sengalll

    BalasPadam