Upin pernah mengalami kemalangan semasa bekerja sebagai guru tadika di afrika dahulu. Kakinya telah ditarik oleh anak-anak muridnya yang nakal sehingga mengakibatkan sebelah kakinya kudung. Namun begitu dia masih lagi mampu berjalan menggunakan sebuah kaki palsu yang dijumpainya di dalam hutan kira-kira 2 tahun lalu semasa dia sedang mencari cicak tokek untuk jirannya.
Upin pulang ke Malaysia awal tahun ini untuk melangsungkan perkahwinan dengan Midah, seorang gadis cantik anak Pak Seman seorang imam di kampung halaman Upin. Upin terpaksa merahsiakan keadaan kakinya yang tinggal satu, berikutan bimbang keluarga tunangnya mungkin akan menolak dirinya menjadi menantu keluarga mereka.
Selesai majlis perkahwinan, Upin masuk ke bilik untuk menjalankan misi bersama isterinya Midah. Sebelum memulakan langkah Upin berpesan kepada isterinya itu, "Sayang.... nanti kalau sakit jangan menjerit kuat-kuat ye, takut mak ayah terbangun!", Midah membalas, "Baiklah abang sayang". Beberapa minit menjalankan misi, Upin menanggalkan kaki palsunya kerana rimas.
Midah terperanjat lalu menjerit "Mak! Tolong! Tolong! Abang Upin satu kaki!", jeritannya mengejutkan ibunya di bilik sebelah. Tidak lama kemudian terdengar suara ibunya mencelah, "Wow, eloklah tu! Bapak kau dulu tiga inci je! Semoga bahagia ye Midah..."
Upin dan rakan-rakannya yang sedang bermain bola di Afrika
Tiada ulasan:
Catat Ulasan