Lelaki Amerika Di Jerman

p>Seorang lelaki Amerika berjalan masuk ke sebuah bar di Jerman. Tak berapa lama kemudian, dengan meninggikan suaranya dia bertempik di hadapan sekumpulan pemabuk. 

“Aku pernah dengar orang berkata, orang Jerman semuanya kaki minum arak. Aku menawarkan hadiah berupa 1000 dollar US kepada kamu semua, siapa yang boleh meneguk sekaligus lima botol Whiski, maka wang ini segera aku berikan kepadanya.”  

Waktu itu suasana bar begitu tenang, tiada orang yang berani mengangkat muka menjawab tawaran lelaki Amerika itu. Lelaki Amerika tersebut begitu senang hati, dia mengagak orang Jerman semuanya boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya, lantas dia sekali lagi berteriak, “sekarang aku bersedia menambah menjadi 2000 dollar US. Siapa di antara kamu yang berani mencubanya? Ayuh, sila tampil ke hadapan.” 

Ketika itu kelihatan seorang lelaki Jerman berlari keluar menuju pintu bar. Lebih kurang setengah jam kemudian, dia masuk semula ke dalam bar. Sambil menepuk-nepuk bahu lelaki Amerika itu, dia berkata, “adakah tawaran kamu tadi masih berlanjutan?”  

Orang Amerika itu ketawa terkekeh-kekeh dan dengan lantang mengulangi janjinya yang telah dikatakan di depan umum, “Oh, jangan khuatir, tawaran tadi masih ada.”  

Lelaki Jerman tersenyum gembira. Dia segera meminta lima botol Whiski diletakkan di atas meja di tengah bar, kemudian dengan memejamkan kedua matanya dia meneguk sekaligus lima botol Whiski itu ke dalam perutnya. 

Lelaki Amerika itu sangat terkejut, seketika kehilangan muka. Mahu tak mahu dia harus menepati janjinya, memberikan 2000 dollar US kepada orang Jerman itu sebagai hadiah, kemudian dengan rasa kagum dan takjub dia bertanya dengan lebih lanjut, “sebelum kamu meneguk lima botol Whiski tadi, mengapa kamu tergesa-gesa meluru keluar dari pintu bar ini?”

Lelaki Jerman itu berkata, “aku sebenarnya tadi lari keluar ke bar berhadapan bar ini. Di sana aku telah mencuba terlebih dahulu, adakah aku betul-betul mampu meneguk sekaligus lima botol Whiski.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan