Dialog Lucu | Lawak Pendek

Dialog Lawak Lucu


 
3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji  kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi,bos..


TAK BERANI

Di zoo, sorang pekerja di marah ketuanya.

Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.

Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.




PECAT

Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…


ATOK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat….Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.

Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”

Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”

Emin  : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah,sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.

Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan