Si Pemalas Yang Bengap


Lawak Bangang : 


Alkisah Di suatu masa dahulu, hiduplah seorang lelaki yang tersangat malas. ia merasa bahawa tidak ada pekerjaan yang sesuai untuknya. Sewaktu dia telah berkahwin,sebagai seorang suami perlu berkerja memenuhi keperluan keluarganya. Akhirnya, ia mencari-cari pekerjaan yang tidak perlu menggunakan fikiran, Dan juga yang tidak memberatkan fizikal .

Ia pun bertanya-tanya kepada jirannya tentang jawatan pekerjaan semacam itu. Akhirnya si jiran menyarankan untuk menjadi penjaga kubur di pengebumian. Kerana menganggap itu pekerjaan yang mudah, ia pun menerima pekerjaan itu.

Namun baru 3 hari berlalu, si pemalas terus berhenti kerja .  "Ini tidak adil," katanya kepada si jiran dengan marah-marah." Di tanah perkuburan, semua orang berbaring diam, sementara aku adalah satu-satunya orang yang kena berdiri."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan