Al-kisah Burung Kakak Tua


Seorang wanita melangkah masuk ke kedai menjual haiwan dan melihat
seekor burung kakak tua besar yang sangat cantik. Terpampang harganya hanya 50 ringgit.

"Kenapa murah sangat?," tanya wanita itu kepada pemilik kedai.

Si pemilik menjawab, "begini, pertama sekali saya harus ceritakan dulu bahawa burung
ini dahulu di pelihara di rumah pelacuran, jadi kadang-kadang kata-katanya mengandungi kelucahan melampau."

Si wanita berfikir sejenak, tapi tetap memutuskan untuk membeli burung yang cantik itu. Dia membawanya pulang dan meletakkannya di sangkar, lalu menggantung sangkar itu di ruang tamu dan menunggu burung itu berkata-kata.

Burung itu melihat ke sekeliling ruangan, lalu melihat si wanita dan berkata, "rrumah baru, ibbu ayam barru."

Wanita itu merasa terkejut, tapi menganggapnya lucu, "tak apalah," fikirnya.
Ketika dua anak gadisnya pulang dari sekolah, burung itu melihat mereka dan berkata, "rrumah barru, ibu ayam barru, cikkaro jambbu barru."

Gadis-gadis dan wanita itu merasa sedikit tersinggung tapi akhirnya boleh mentertawakan situasi itu.
Beberapa minit kemudian Benny, suami sang wanita pulang dari pejabat. Burung itu melihatnya dan berkata, "hello Benny."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan