Pepatah Mengarut Lagi Karut

Salam lawak brutal dari aku, hope korang sentiasa berada dalam keadaan brutal selalu. harini nak share ckit dengan korang semua pepatah mengarut lagi karut. hahahaha, diingatkan yang budak-budak sekolah korang jangan nak gunakan istilah pepatah ni bila jawab exam . bukan setakat kosong markah korang tapi silap-silap korang kena empuk dengan cikgu korang.

Pepatah diawah ni telah telah dimodified dari pepatah sedia ada. so sekadar 1 hiburan semesta alam, so tiada niat nak merosakkan bahasa Melayu. korang layan je pepatah mengarut lagi karut kat bawah ni. hahaha


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

11. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

12. berat mata memandang, berat lagi seguni beras

13. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

14. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

15. Lembu punya susu cap teko dapat nama

16. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

17. Hendak seribu daya, tak hendak tu lu punya pasal

18. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lagi best kalau  salji yang turun

19. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

20. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

21. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah

2 ulasan:

  1. hahaha...memang tahap sengal....kakakah

    BalasPadam
  2. ziarah sini..pepagi hari dah jalan2 nih.. ;) apa khabar tuan belog?? ada entri baru..jemputlah komen atau pape..

    BalasPadam