Pak Pandir akhirnya menjadi penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandirtelah membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit pun dengan gear satu.
Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, gear tiga atau gear empat.”
Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus menunggu dan tidak jalan.
Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang seorang polis dan terus menegurnya “Hei… kenapa belum jalan?”
lantas dengan selamba Pak Pandir menjawab :
“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan