Memaparkan catatan dengan label lawak sengal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak sengal. Papar semua catatan

Fakta Sains Kehebatan Bau Ketiak Lelaki

Info : Specialnya Bau Ketiak Lelaki


Specialnya Bau Ketiak Lelaki

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian yg dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan bg melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... dipetik dari majalah PA&MA...Feb 2004...kalau tak caya... So kengkawan kalau tengah stress tu .....bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.

Bagi kaum adam pulak,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story

So kalau isteri dok tention tu...lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak suami anda..yang masam tu insyaallah mood anda akan ok

kwang... kwang... kwang.... selamat mencuba... Kepada para isteri jangan dok tension sangat...nanti kena cium bau ketiak

Lawak Pendek : Keluarga Ujang



Ujang sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Ujang : “ Ujang…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Ujang : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal orang negeri sembilan.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Melaka.. , tapi datok saya dah meninggal..,Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa inggeris ?

Ujang : “Yes .. i am … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Ujang : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”

Kisah Pak Mat dan Isteri





Suatu hari, pak mat telah pegi keluar ke bandar bersama isterinya, mak minah. Perjalanan mereka mengambil masa yang cukup lama . Mereka  menaiki sampan oleh kerana kampung mereka terletak agak jauh dikawasan pedalaman.


Setelah sampai di sebuah pusat membeli-belah, pak mat ternampak sebuah cermin kecil sebesar tapak tangan. oleh kerana dia tidak pernah melihatnya, dia pun membelinya tanpa pengetahuan mak minah. Sampai je di rumah, dia pun termenung melihat cermin tersebut setiap hari lalu menyebut 'macam..bapak aku muda-muda dulu.

Mak minah berasa pelik dengan sikap pak mat yang selalu memegang cermin tersebut,
lalu mak minah telah curi-curi mengambil cermin tersebut sewaktu pak mat pergi ke surau.
Mak minah yang tak pernah menggunakan cermin pun berkata "perempuan macam ni
yang laki aku minat"?

Lawak Sengal : Kisah Lucu Helikopter




Tiga orang di dalam helikopter yang sedang terbang di udara.

Orang pertama menggigit sebuah epal. Dirasakan terlalu manis, ia melemparkan epal tersebut keluar.

Orang kedua menggigit jeruk, tapi kerana terlalu masam, ia pun membuangnya keluar.

Orang ketiga menggigit bom tangan dan kerana terlalu keras, ia pun melemparnya keluar.

Ketika helikopter mendarat, ketiga orang tersebut berjalan bersama-sama.

Mereka bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis.

“Kenapa menangis?” tanya mereka.

“Sebiji epal jatuh dari langit, menimpa anak kucingku, dan mati, hu.hu.hu.”

Mereka pun meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis.

“Kenapa menangis?” tanya mereka.

“Sebiji jeruk jatuh dari langit, menimpa anak arnab saya, terus mati, hu.hu.hu.”

Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan gemuk yang ketawa terbahak-bahak sambil membongkok.

“Makcik, kenapa tertawa?” tanya mereka.

“Tadi itu, saya kentut. Tiba-tiba bangunan di belakang saya terus meletup ha..ha..ha..” -
\

Lawak Sengal : Nak Kena Jentik lagi ?




Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...

itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.
Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya
yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang
boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni.
Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,

"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...)
 Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat
kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada
siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya...
raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu
dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?"

Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

Lawak Sengal : Kisah Pencuri Dan Polis





Pada suatu hari yang tak berapa nak sunyi . telah berlaku satu kes samun di pasar raya , namun penyamun yang menyamun beg tangan seorang makcik tersebut tidak bernasib baik apabila telah jatuh tergolek . Kebetulan 2 orang polis berada ditempat kejadian telah berjaya memberkas penyamun tersebut .  penyamun tersebut telah dibawa ke  balai polis . dan soal siasat pun dilakukan .


Polis : Awak yg ambik beg duit mak cik ni kan ?

Penyamun : Mana de.. tuan.. tuan jangan nak tuduh-tuduh saya dosa tuan

Polis : Abis tu siapa lagi kalau bukan kau yang amik ...

Penyamun: Mak cik tu yg bagi sy beg dia tuan , sy amik ler tuan...

Polis : Bila plak dia bagi kat ko , ko jangan menipu , nahas ko...

Penyamun : Betul tuan , memang makcik tu yang bagi beg dia kat saya . rang bagi saya amik .

Polis  : lagi sekali aku tanya , baik jawab betul-betul , bila mak cik tu bagi beg dia

Penyamun : Lepas saya tunjuk parang ni ..

polis : @##$!!%^$!

penyamun tersebut telah dibelasah teruk oleh polis diatas loya buruknya ..


Lawak Bodoh : Kuda Makan Rumput







Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Shin Chan, kosong je?”

Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”

Cikgu : “Rumputnya mana?”

Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”

Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”

Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”


Mandikan Kucing




Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...


Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

 Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...


 Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

 Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

 Budak: Mati...

 Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

 Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju... ---


 sumbangan: Fariz Akmal

Tersalah rendam ...




Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok...

Antara Dua Darjat



Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra.Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.

Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat. Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..

Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..

Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang.

Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya Semalam, ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..
Cis!! bukan main mesra lagi.

Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..

Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana.
Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..
Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii....aku niii..... cuma seekor kambing,?

So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?

Gigi Palsu





Gigi

Ada seorang pemuda pergi makan KFC. Sesudah memesan makanannya dia bergerak ke sebuah meja. Sambil menikmati makanannya dia terlihat seorang pasangan tua sedang makan tetapi hanya
suaminya sahaja yang menikmati makanan itu sedangkan si isteri itu hanya memerhati.

Dia pun pergi ke meja pasangan itu.dia bertanya kepada nenek itu,
"Nenek, kenapa nenek tak makan burger nenek tu? nenek tak suka ke?

nak saya tukarkan?". Nenek tu menjawab, "takpelah cu.nenek suka sangat makan burger ni."

Dia tanya lagi,"tapi kenapa nenek tak makan? Biarlah saya tukarkan. Mungkin nenek tak selesa?".
"terima kasih cu.nenek memang nak makan burger ni, nenek tengah tunggu gigi atuk ni sebab lepas ni
giliran nenek pulak

."nenek itu menjawab lagi.pemuda terus senyap dan tidak bertanya lagi.

Suami Yang Sengal

 


Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata :

" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "


Suri Rumah Yang Sengal

 




Ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.


Suri rumah:Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!


Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.


Suri rumah :Tapiiiii ....


Doktor : Tapi Apa ??


Suri Rumah : Tapi saya dah bagi anak saya makan racun serangga agar semut tu mati.


Doktor :Apa ????? Cepat bawa dia ke hospital !!!!



Ayah Yang Sengal



Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar....

Calon Isteri

 
ayahanda: mamat, kau ada dah calon nak buat bini?

mamat: dah ada, pak.

ayahanda: siapa?

mamat: nenek.

ayahanda: gila! tu kan mak aku!

mamat: abis tu, bapak kahwin dengan mak saya boleh pulak?

ayahanda: aduh, anak sapa la yang bodoh bengap sangat ni.
 

Tersalah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Lawak Sengal : Hilang Duit

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"


---- sumbangan: Amat

Kisah Si Ajis

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

Kisah Cinta Monyet

cinta monyet..

ada sorang mamat ni,name die abu,die pon jumpe la dengan sorang ustaz untuk mengaku kesalahan die dan nakpulang ke pangkal jalan...

abu : ustaz,saya rase bedosa..

ustaz : knape abu?

abu : benda ni da jd lame tp saya malu nak cter kat owg..

ustaz : awak boleh cerita kat saye..

abu : mase dlu,saya,saya..

ustaz : ape die abu?

abu : saya pernah terlanjur mase cinta monyet dlu..

ustaz : ish3,sape name owg yg ko rosakkan 2 abu?

abu : ustaz,name die atan dan die bukan owg...

ustaz : ?????

Kisah Outstation

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya ade kerja selama seminggu,jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk-atuk, untuk seminggu ni saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan bermain-main ngan tuk...

Atuk (rupenye boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tu...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk. lain kali le ye...

Atuk bagitau Secretary balik: Jangan risau, minggu ni kita jadi ke outstation. Uruskan semuanya..

kah kah kah....penat aku nak tulih lagi nie....korang tau bace je....  =P

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics