Memaparkan catatan dengan label lawak pak pandir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak pak pandir. Papar semua catatan

Pak Pandir dan Motosikal Baru





Pak Pandir akhirnya menjadi penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandirtelah membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit pun dengan gear satu.

Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, gear tiga atau gear empat.”

Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus menunggu dan tidak jalan.

Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang seorang polis dan terus menegurnya  “Hei… kenapa belum jalan?”

lantas dengan selamba Pak Pandir menjawab :

“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.

Kisah Pak Pandir Naik Kapal Terbang



Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya.

 "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang".

"Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapal terbang untuk ke negara jiran.. yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi.


Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar..."

Kisah Pak Pandir Minta Cuti

Pak Pandir minta cuti




Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ...

Alkisah Pak Pandir Dan Pak kaduk





Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk
yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.

Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?

Pak Kaduk: Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada ingkau!

Pak Pandir termenung sambil cuba meneka jumlah ayam dibawa Pak Kaduk. Berapa ya?

Pak Pandir: Emmm...Empat kut?


Pak pandir dan Doktor Psikologi



pak pandir berjumpa dgn doktor psikologi.

pak pandir:tuan doktor semua org kata otak saya lembap. betulkah tn doktor? apakah tanda-tanda bahawa otak seseorg itu lembap?

doktor: saya akan bertanya satu soalan. jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap...

pak pandir: apakah soalannya tuan doktor?

doktor: kapten hook dikatakan orang pertama yg belayar mengelilingi bumi. malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?

pak pandir: mmmm... susah betul lah doktor soalan ni . tukar soalan lain boleh doktor?

doktor: ???

Lawak Pak Pandir : kedai Pak Pandir Kena Rompak



Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektrik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM100 ribu ringgit. Seorang pemberita Mazidul akmal dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut yg bernama Pak Pandir..

Mazidul: Berapakah kerugian yang pakcik alami kerana rompakan ini?

Pak Pandir: Rasa-rasanya seratus ribu lebih tapi, tapi masih untung lagi la...

Mazidul: Macammana pulak pakcik boleh kata masih beruntung....?

Pak Pandir: Saya masih untung kerana rompakan itu berlaku hari ni bukan semalam...

Mazidul: Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..???

Pak Pandir: kerana hari ni kita ada bagi diskaun 50% untuk semua harga barang..kalau semlm harga takde diskaun lagi...

Mazidul : @#$!$^%^

Pak Pandir dan Ikan Keli







Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.

Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?

Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.

Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

Mak Andih: ???

Lawak Pak Pandir : Pak Pandir ke Kebun








Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.


Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"


Mak Andeh pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG"


Pak Pandir dan Waja Silver


Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta untuk bergaya pada hari raya ni.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"

Pak Pandir Di Mcdonald's



Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat gaji teringin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..



Ahmad : Bagi Big Mac satu..

Pak Pandir: bagi Big Mac satu...

Ahmad: Air... Bagi air coke yer...

Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)

Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer...


Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...


Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:

Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

Lawak Pak Pandir | Pak Pandir Berniaga Durian

Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya.

Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya.

Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yg dijual Pak Pandir.

Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dgn harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yg dijual kedalam traknya.

Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah seraya memberitahu pembeli tersebut,


Pandir : “Minta maaf Encik! saya tak jadilah jualkan kepada en. durian-durian ini.”

Pembeli : “Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya… saya bayarlah kesemuanya!”

Pandir : “Habis kalau Encik dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?”

Pembeli : “???”

Lawak Pak Pandir | Pak Pandir dan Polis

Alkisahnya , pak pandir telah pergi berburu dengan rakannya di hutan . dan satu tragedi telah berlaku dimana rakannya telah dibaham harimau . Lalu Pak Pandir keesokan paginya pun bergegas ke balai polis berhampiran untuk membuat report polis ..

Pak Pandir: Selamat pagi tuan.

Polis: Selamat pagi.

Polis: Apa hal.

Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.

Polis: Fasal apa tu.

Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.

Polis: Pukul berapa.

Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.

Polis: Habis?

Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

Polis : ????? @#$%^^

Lawak Pak Pandir | Pak Pandir Menghidap Barah Otak

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Kelambu Pak Pandir



Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa.

Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,


Polis: Awatnya tidoq bawah katil?

Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

Polis : ?????

Kisah Pak Pandir Hendak Membeli Garam



Alkisah , pada satu hari Mak Andeh hendak mengadakan kenduri pada hjung minggu 


Semua prsiapan telah ada kecuali satu je tak cukup iaitu 




GARAM..!!


Mak Andeh:-Pak Pandir ,tolong belikn garam di kg sebalah.Garam saje je yang tak ckup lagi..!!!


Pak Andeh:-Baiklah Mak Andeh,Aku prgi skrg..!!

Pak Pandir:-Ada garam..??

Penjual:-Ada,nie haaaa....!!!

Pak Pandir:-Terima kasih,saya beli ye..!!!


"Mak oooiiii,penatnye..aku nak tidur la sekejap , tapi kalau aku tidur sekali garam aku kena curi,cmner 


ye...???"


Tiba2 dia mndpt satu idea yang sngt bernas..!!!

"Aku sorokkan dalam sungai mesti tak ada orang nmpk..!!!"


Selepas beberape ketika dan sedar dari tidur dan mengambil garam yg disorokkannye didalam sungai ,Pak Pandir meneruskn prjlnan pulang ke rmh..!!!



Mak Andeh:-Pak Pandir,mna garamnye..???


Pak Pandir:-Tadaaa nie garamnye..!!!

Mak Andeh:-La,nie air jer mane garamnye..??

Pak Pandir:-X tahulah Mak Andeh,tdi aq sorok garam dalam sngai lepas tue garam tue bertukar 

jadi air..!!!




Mak Andeh:-Pulak dh..!!! (!@#$%^&*)

Harta Pak Pandir

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

Pak Pandir dan Tahi

Restoran Tandas,taik


Pada suatu petang, Pak Pandir pergi bersiar-siar di kawasan rumahnya kerana bosan duduk di rumah. Ketika sedang bersiar-siar, dia terjumpa seketul tahi yang masih lagi baru. Pak Pandir melihat tahi tersebut dan berasa muykil sama ada itu tahi atau pun bukan. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengkaji tahi tersebut untuk memastikan sama ada ianya betul-betul tahi atau pun bukan.
Pak Pandir melihat tahi itu dengan lebih dekat dan berkata.. 

“Hm….bentuk macam tahi…..”

Kemudian dia memegang tahi tersebut serta meramas-ramas dan berkata lagi.. 

“Lembik macam tahi…….”

Setelah dia memegang tahi tersebut dia menghidu pula bau tahi tersebut dan berkata.. 

“Bau macam tahi…….”

Oleh kerana dia masih ragu-ragu lagi Pak Pandir pun mengambil keputusan untuk menjilat tahi tersebut dan berkata dengan penuh yakin.. 

“Sah!! Memang tahi! Nasib baik aku tak terpijak………..”

Lawak Puasa Pak Pandir

Alkisah pak pandir di bulan puasa....

Di suatu petang yang cerah .. Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa . Antara ceramahnya adalah
membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak
pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?". "Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu. berak-berak makan julap.muahahahahaha ha!!!!!

Sesungguhnya niat pak pandir memang suci Lagipon .. bulan puasa mana ade setan kan

Pak Pandir Yang Lembab

Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.

Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab?

Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.

Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?

Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?

Pak Pandir: Mmmm...Tukar soalan lain boleh doktor?

Doktor: ???

Lawak Pak Pandir | Kisah Pak Pandir dan Teksi

Alkisahnyerr....

Pada suatu hari, Pak Pandir telah berkesempatan  melawat ke sebuah negara  di Timur Tengah. Oleh kerana sudah lewat malam, Pak Pandir menahan teksi untuk pulang ke hotelnya.

Pemandu : Mau ke mana encik (dalam bahasa arab)

Pak Pandir : Jalan Antah Berantah. Berapa?

Pemandu : Sepuluh riyal syeikh.

Pak Pandir : Baiklah.

Pak Pandir pun naiklah teksi dan pulang ke hotelnya. Setibanya dia di hotel,

Pak Pandir : Nah 5 riyal .

Pemandu : Haih encik, tambangya 10 riyal.

Pak Pandir : Hish ente ni. Kita kan naik teksi ni dua orang, 5 riyal seorang lah kena bayar

Pak Pandir terus lari ke dalam hotel. Begitulah kisah kesengalan Pak Pandir.

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics