Memaparkan catatan dengan label kisah malam pertama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah malam pertama. Papar semua catatan

Kisah Malam Pertama | 3 Kali Curang



Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?”

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan,


“Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni”
“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank”

“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..”

“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami, ” Kali ke 2 pulak?”

“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?” si isteri menyambung cerita “Ya, abang ingat” jawab si suami.“Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”

“Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”
Tan Sri pengsan kat situ jugak…

Pengakuan Isteri Tentang Kecurangan Suami

Pengakuan Isteri Tentang Kecurangan Suami
Aku tidak pernah ambil kisah tentang apa yang suami aku buat kerana aku amat percaya dan sayang kepadanya. Aku juga percaya dia tidak akan curang kepada ku kerana kami telah telah hidup bersama lebih 15 tahun dan kami juga hidup bahagia sama seperti pasangan suami isteri yang lain.


Namun aku masih ingin tahu apa yang ada di dalam sebuah berwarna kotak hitam yang telah di suami aku simpan di bawah katil semenjak kami kahwin. Dia tidak pernah mengizinkan aku untuk melihat apa yang terdapat di dalam kotak tersebut. Jika aku bertanya kepadanya dia akan berkata jangan sesekali buka kotak tersebut dengan nada yang agak marah. Ini membuatkan aku terasa semakin ingin untuk membuka kotak tersebut kerana aku pasti ada sesuatu perkara yang suami aku rahsiakan daripada aku.

Akhirnya pada suatu petang, semasa sedang mengemas bilik, aku memberanikan diri untuk membuka kotak tersebut. Setelah aku buka, aku melihat terdapat tiga biji telur serta wang tunai berjumlah RM 1000. Ini membuatkan aku berasa hairan dan aku sekali lagi memberanikan diri untuk bertanya kepada suami aku tentang isi kandungan kotak hitam tersbut.
Aku: Abang, tadi ayang dah buka kotak berwarna hitam yang abang simpan kat bawah katil tu..hm..kenapa abang simpan tiga biji telur dan duit RM 1000??
Air muka suami aku terus berubah dan dia pun menjawab.

Suami: Yang sebenarnya..setiap kali abang curang dengan ayang, abang akan simpan sebiji telur sebagai tanda abang menyesal dengan apa yang abang dah buat.

Aku terdiam mendengar apa yang suami aku katakan. Setelah lebih 15 tahun kami hidup bersama nampaknya suami aku telah curang dengan aku sebanayak tiga kali. Lalu aku pun bertanya pula mengenai sejumlah wang yang di simpan bersama tiga biji telur itu.
Aku: Tapi kenapa pula abang simpan  duit RM 1000 kat situ..??

Dengan suara yang terketar-ketar dan tergagap-gagap dia pun menjawab.

Suami: Setiap kali telur tu dah cukup sedozen abang akan jual dan duitnya abang simpan kat situ…

Kisah Malam Pertama | Lawak Malam Pertama

Kisah Malam Pertama | Lawak Malam Pertama


Tersebutlah kisah satu pasangan yang baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah.... Emak pengantin lelaki menasihati anaknya...."Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama....maka kamu harus kata ...Kapal terbang ingin mendarat". Emak pengantin perempuan pula menasihati anaknya.... "Nak....bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat....maka jawablah....Lapangan terbang sudah sedia ".

Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba....Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba....hatinya berdebar-debar..... Dia mendekati si isteri lalu mengatakan "Yang....Kapal terbang ingin mendarat" Si isteri seperti tidak faham  dan berkata "Saya penat bang ...mari kita  tidur." Si suami hampa....namun dalam hatinya berkata..."Tak apa mungkin  isteri aku malu....beri dia peluang kedua"

Tiba malam kedua "Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Malangnya si isteri masih tidak faham .....kerana  suaminya ketika itu memegang surat khabar...dalam hatinya berkata...."Berita apa pula ini....Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun....tak ada kena mengena dengan aku." Kemudian dia berkata kepada si suami "Sudah lah tu bang ....janganlah baca surat khabar lagi....mari kita tidur "
Si suami hampa lagi....tetapi dalam hatinya berkata "Tak apalah esok masih ada."

Tiba malam ketiga ....Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini dia pasti dapat...lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata "Mana ada kapal terbang !!" Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ....si suami hampa dan berkata dalam hati "Kejamnya isteriku....membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku." Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya "Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata ...kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun berkata "Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata "Saya tidak jawab apa-apa...Si ibu berkata lagi...."Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama.... sepatunya anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia....sebagai tanda bersetuju " Oh saya lupa lah ibu....tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul"

Maka tiba malam keempat .....si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ....si isteri tertanya-tanya....bilakah gerangan si suami akan bertanya.....Si isteri akhirnya berkata dalam hati "Mengapa harus aku tunggu lagi.....apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri?" Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata "Lapangan terbang sudah sedia", Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri....dengan muka yg masam menjawab "KAPAL TERBANG ROSAK"


sumber

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics