Memaparkan catatan dengan label lawak pendek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak pendek. Papar semua catatan

Kecemasan di Kelantan

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...

Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa

"Pok cik ni sakit gapo?"

"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"

"Kecemase"

"Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih."

Lawak Pendek : Keluarga Ujang



Ujang sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Ujang : “ Ujang…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Ujang : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal orang negeri sembilan.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Melaka.. , tapi datok saya dah meninggal..,Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa inggeris ?

Ujang : “Yes .. i am … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Ujang : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”

Lawak Pendek : Mangga


MANGGA


Alkisahnya pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"

Peniaga: "RM7!"

Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"

Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"

Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"

Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"

Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

Lawak Pendek : Rumah Baru



Alkisah .. Ada sebuah keluarga  yang akhirnya telah dapat berpindah ke rumah baru iaitu sebuah banglo mewah .

Setelah beberapa hari kemudian, anak bongsu mereka yang berumur 6 tahun telah bertemu dengan bekas jiran  dirumah lama .

Lalu si jiran tersebut bertanya kepada anak si pasangan tersebut :


“Bagaimana ye rumah barumu ? Tentu selesa dan besar ” tanya si jiran lama.

“Ya, memang best. Kami 3 beradik ada bilik masing-masing. cuma kasihan kat mama sebabkena sebilik dengan papa walaupun bilik banyak .” jawab si anak mulus.

Lawak Pendek : Atuk Yang Gatal





Atuk Yang Gatal
------------------

Atuk : "Amin , pinjam iPad kejap ."

Amin : "Atuk nak buat apa ?"

Atuk : "Atuk cuma nak tengok janda tu accept tak lagi friend request atuk ."

Amin : erk ??? !@$%^&

Lawak Pendek : Makan Semut








Ketika memeriksa seorang pesakit, Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!

Doktor : Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.

Suri rumah: Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.

Doktor : Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!


Lawak Pendek : Panggilan Sayang Untuk Isteri



Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu.

Lawak Pendek : Kisah 2 Sahabat

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan.
Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.

Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan
seraya berkata :

“Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”…

Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar
sandwich masing-masing…

Lawak Pendek | Pembuat Kuih Yang Pengotor

Alkisah... 

ceritanyer bermula macam ni,  di sebuah kem askar adalah seorang pembuat kuih yang dilaporkan membuat kuih dengan cara yang menjijikan.  Maka adalah seorang jeneral ini terhendap-hendap umpama nak skodeng anak dara mandi untuk menyiasat staff perempuannya yang dilaporkan menghasilkan karipap dengan cara yg agak menjijikkan. setelah di intip, memang benar didapati staffnya itu membuat karipap dengan menggunakan set gigi palsunya sebagai acuan karipap. Lalu dengan tak semena-menanya disergah staff nya itu.

jeneral : jenab, dah lama saya terima laporan ttg awak buat karipap ni. memang sah awak seorang pengotor....

jenab : tuan baru tengok saya buat karipap..tuan belum tengok suami saya buat donat..( sambil menunding donat di atas meja yang berlubang di tengah ) ....agak-agak macamana suami dia buat donat,ye...


moral : jangan makan donat yang berlubang besar...

Lawak Pendek | Ajoi Pinjam Duit

Lawak  Pendek |  Pinjam Duit

Disatu petang yang hening, 2 sahabat yang tak berapa karib melepakkan diri diwarung mamak berborak kosong sambil menikmati segelas air kosong.



Suki: Apa hal ni Joi? , macam ada masalah aja.

Ajoi: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.

Suki: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?

Ajoi: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,

Suki: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?

Ajoi: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).

Lawak Pendek | Si Penjual Buah Mangga Dengan Pembeli

Lawak Pendek | Si Penjual Buah Mangga Dengan Pembeli
Pada suatu hari di pasar Chow Kit yang penuh sesak, dengan orang ramai,  adalah seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga. Dialog tawar menawar dorang lebih kurang macam kat bawah ni

Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
...
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"

Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"

Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"

Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"

Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : erkkk ..
Pembeli : tak manis pun takpe , saya mesin kat rumah buat jus. tambah gula manis la
 

Lawak Pendek | Kisah Tertelan Duit 50 Sen

Lawak Pendek | Kisah Tertelan Duit 50 Sen

lokasi : Disebuah kediaman orang-orang elit di pinggir bandaraya kuala lumpur.

situasi : Dengan tergopoh-gopoh boboi yang masih kecil berlari2 anak  masuk ke dalam rumah.


anak : Papa...Mama ...!!

 si ayah : kenapa boboi  anakku?

anak : kawasan rumah kita dah dihuni dengan orang-orang yang miskin.

 si ayah : kenapa kau kata begitu anakku?

anak : Jiran kita tu pasti orang miskin, boboi pasti papa

si ayah : kenapa kau kata dia miskin? keluarga disebelah walaupun kita tak kenal, tapi ayah pasti dia kaya. tengoklah kereta mewah dia dah 4-5 biji diluar tu.

anak : boboi pasti dia miskin papa. sebab boboi tengok dorang dah kecoh-kecoh sebab anak dorang tertelan duit syiling lima puluh sen.


sumber : di-email oleh farah

Lawak Sengal | Al-kisah Lawak Kereta

Lawak  Sengal | Al-kisah Lawak  Kereta
 Al-kisah ....Ada seorang pemuda  Seman  namanya. Beliau ni dah lama sangat memasang niat untuk membeli kereta inspira.  setelah  lamanya menanti dan berusaha kumpul duit, akhirnya impiannya telah tercapai jua sebab duit beliau da cukup nak beli kereta inspira.
Pada suatu pagi rabu di bulan April , dengan muka yang penuh kepoyoan dan penuh rasa kembang, beliau telah pergi ke kedai kereta Proton  untuk membeli kereta Inspira  dgn harga cashhh !!!. harga casshhh oo. Namun Ketika dalam perjalanannye ke kedai kereta, tanpa beliau sedari duit seringgitnya telah tercicir.Jadi apabila beliau sampai di kedai proton tersebut, dan ketika beliau ingin membayar.beliau telah kekurangan duit sebanyak seringgit untuk membeli kereta idamannya. 
 Beliau akhirnya terpaksa meminta duit sehinggit , Kebetulan ada seorang pakcik yang tak berapa nak tegap badannya ( yela da tua tak tegap la badan)  sedang melepakkan diri di warung yang terletak tak berapa jauh dengan kedai kereta tersebut.  So nak tak nak si Aziz, terpaksa la mengayat pak cik tadi untuk mendapatkan sehinggit sbb da takde orang lain kat warung .  tp masalahnyer pakcik ni ada penyakit sengal tahap tertinggi. 
Dialog dia lebih kurang macam kat bawah ni.
Seman : Assalamualakium pakcik

Pakcik : Waalaikumussalam


Seman : Pak cik2 sebenarnya saya nak mintak tolong sangat2 ni pakcik.

Pakcik : cecite apa yang pak cik boleh tolong


Seman : mcm ni pakcik sy ni dr kedai proton depan nun. nak beli kereta inspira.

Pakcik : apa kena mengena dengan aku, ko nak  beli beli jela , 

Seman:  lor pakcik rilek pakcik ,  sbnrnya sy nak pinjam pakcik seringgit ni nak beli inspira.

Pakcik : seringgit je? murah tu.. nah ko ambik 2 hinggit ni, belikan pakcik 1 jgak. 



Seman : uittt ??? 

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics