promosi gempak iklan disini hanya RM30 sebulan ..

Kisah Si Pengantin Baru | Cerita Pasal Cabut Mencabut

Kisah Si Pengantin Baru |  Cerita Pasal Cabut Mencabut

Alkisahnyerr, toyib ...... 

Adalah sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. sedang berjuang menuju puncak kejayaan . ngeh ngeh. :) dipendekkan cerita, Pada tengah malam itu, tiba-tiba si isteri mengerang, “Adoi.. Adoi..  Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi nak cabut gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?


p/s : hohoho, comfirm otak korang da bertukar warna biru sebab korang fikir ni cerita blue. baca dulu sampai habis. ngeh ngeh ngeh

3 ulasan:

[ Arkib Simpanan Lawak ]