Memaparkan catatan dengan label lawak sempoi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawak sempoi. Papar semua catatan

Raba Punggung Wanita Cantik






Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon.

Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.


Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...

Ita: Ya, saya percaya. www.familiazam.com

Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?

Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!..

Saadon : @#$!@#$&

Kisah Dua Orang Gadis dan Perogol

Ada dua orang gadis . Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan...

M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.

M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.

L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya.

M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.

Tidak berapa lama kemudian Gadis Logik (L) datang.

M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?

L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?

L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap...

M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..

M : Oh... Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia menurunkan seluarnya...

M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya ... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

Family yang Suka Menipu

Dalam sebuah kampung nih...tinggal la 1 famili yg terdiri drpd si anak, ayah dan ibu...
Si anak dan ayah sangat suke menipu..boleh kate tiap2 hari diorang kelentong penduduk2 kampung...
disebabkan itu, penduduk kampung x percaya kan diorg lagi...


Nak dijadikan citer, suatu hari tu...si ibu jatuh sakit..si anak dan ayah cuba kasi taw penduduk kampung, tp x de sutir org pon percaya...
Diorg pun fed up campur sedih....lps tu si ibu pun mati...si ayah dan anak masing2 merasa bersalah atas kematian isteri @ ibu yang tercinta....
So diorg wat keputusan nak berubah..x moh menipu lagi..

Suatu hari tu, mase kat tepi sungai......

ayah: kite kena berubah...biar org percaya lagi kat kite..

anak : btul tu..

ayah : aish...boring la pulak...apekate kite main selam2 nak??? sape leh selam dlm sungai paling lama die dikira pemenang...

anak : woookey..bereh

lalu, si ayah pun terjun dlm air..si anak tunggu kat tepi tebing...

10 minit berlalu......

20 minit berlalu.....

30 minit berlalu....

si ayah masih x timbul2...si anak mula bimbang...

plurp...si ayah pon timbul....

anak : apsal lama sangat menyelam tadi????

ayah : ehehehe...sorry la ek..td mase tgh menyelam..ayah jumpa kawan baik ayah..pastu die ajak ayah minum kopi kat warung...sbb tu lama tadi..( tipu si ayah)

kini, giliran si anak lak menyelam.....

x sampai 1 minit, si anak timbul...berserta kepalanya yg berdarah....

ayah : aik....cepat nya timbul...haaaaa, apsal kepala berdarah tu????

anak : ni sume ayah punya pasal la...len kali , kalu nak gi warung tuh, bawak la duit....x pasal2 saya lak kena tibai kat kepala pasal ayah x bayar hutang kopi td...adoiiiiiii

Monyet Pandu Kereta ?

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua, seorang wanita tua dan dua orang anak kecil..luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga berkenaan yang masih sihat tanpa sedikit luka pun.

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.

Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?”

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?”

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?”

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

“Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?”

Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…

Makan Burger Di Malam Pertama Bersama Isteri

Rahmat baru saja berkahwin dengan Erra. Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berdua berehat dalam bilik kerana keletihan mengemas dapur, membersihkan periuk, dan segala macam benda lagi. Sambil berehat mereka makan burger dari sebuah restoran makanan segera.

Emak Rahmat perangainya suka jaga tepi kain orang termasuk anak sendiri, pasang telinga dari balik pintu untuk mendengar perbualan anak dan menantu barunya.....

Erra : Bang,dah dipicit picit tak keluar keluar.

Rahmat : Memanglah dah lubangnya kecik.

Erra : Dah tu nak buat macam mana? Saya potong sajalah hujungnya!

Secara tiba tiba, emak Rahmat terus panik dan menolak pintu bilik lalu berteriak

Emak : Jangan gunting anu anak aku!!!!

Rahmat & Erra : ***#@##wtf%&?? Apahal ni mak???

Rupanya rupanya Erra hendak menggunting sos paket untuk makan burger bersama Rahmat. Emaknya dengan selamba badak kuar dari bilik anaknya dengan muka macam getah spender adanya..

Inilah Faktanya

FAKTA



1. Korang membaca fakta ini

2. Mungkin korang berkata/fikir macam bodoh je mana faktanya

4. Korang tak perasan aku dah skip no.3

5. Comfirm korang  check semula

6. Korang  tersenyum sinis

7. Tapi korang masih membaca fakta ini

8. Korang tahu apa yang korang baca adalah benar

10 Dan sekali lagi korang  tak perasan aku skip no 9

11 Korang comfirm check semula sekarang

12.Dan korang sekali lagi tak perasan tidak perasan hanya ada 10 fakta



Inilah faktanya!

Kisah Cikgu Suraya Dengan Anak Muridnya

Kisah Cikgu Suraya

Cikgu Suraya merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di utara tanah air. Pada suatu hari, sedang Cikgu Suraya berehat di kantin, salah seorang anak muridnya datang kepadanya dan bertanyakan satu teka-teki.

Anak murid : “Cikgu..cikgu pandai tak?

Cikgu Suraya : “Mesti la pandai..kalau tak pandai mana boleh jadi cikgu.

Anak murid : “Hm..kalau cikgu pandai, cuba cikgu jawab teka-teki ni..

Cikgu Suraya : “Teka-teki apa?

Anak murid : “Ulat Gonggok berapa kaki?

Cikgu Suraya : “Hmm..apa yang cikgu tahu ulat Gonggok ada 100 kaki..

Anak murid : “Salah..

Cikgu Suraya : “Em..99 kaki..?

Anak murid : “Salah!

Cikgu Suraya : “Habis tu berapa??

Anak murid : “Cikgukan pandai..cikgu teka la…

Cikgu Suraya : “Hmm……..cikgu tak tahu la..kamu tahu ke jawapannya..?

Anak murid : “Jawapannya…tak sampai satu kaki pun sebab ulat gonggok kan pendek je….hihihi……..

Cikgu Suraya : emm >.<

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Arif, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman Sempoarna. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu : Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Mamat : Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan , ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar la cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat ? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: emm,  patutlah.

Kisah Budak Yang Pintar

Kisah Budak Yang Pintar


Al- kisah Ada seorang cikgu tadika yang langsung tidak percaya dengan  kewujudan Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal. Cikgu yang telah sesat tersebut pun mula bertanya kepada murid-muridnya...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid :... Nampak cikguuuuu. 

Guru tadika : Pen ada kan? 

Murid-murid : Ada cikguuuuuu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? 

Murid-murid : tak nampak cikguuuuuu. 

Guru tadika : pen ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikguuuuuu. 

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? 

Murid-murid : tak nampak cikguuuuu.. 

Guru tadika : Tuhan ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikguuuuuu. 

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. 

Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar  bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan... 

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? 

Guru tadika : Boleh,mari ke depan. 

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? 

Murid-murid : nampaaaaak. 

Amin : cikgu ada kan? 

Murid-murid : adaaaaa. 

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? 

Murid-murid : tak nampaaaaak. 

Amin : cikgu ada otak tak? 

Murid-murid : tak adaaaaaa. 

Guru tadika : hmmm >.<




p/s :  sumber : BLOG REDZUAN-RIDZ

Kisah Skandal Dengan Sepupu


Kisah Skandal Dengan Sepupu


Zack dan Mira adalah sepupu. Tiap-tiap kali kat kampung diorang akan kongsi satu bilik dengan adik si Zack jugak. Dpendekkan cerita  masa tu dah  malam raya., semua orang sibuk tinggal lah mereka berdua berbual-bual di luar rumah. dan  dengan tiba-tiba

Zack: Mira!

Mira: Nape Zack?

Zack: Ikut aku kat bilik tidur jap!

Mira: Jangan tarik!

Dalam bilik......

Zack: Kau tahu tak aku ni seorg lelaki yg pantang kalau tak dapat apa yg dia nak selama ni.......

Mira: Huh?

Zack: Dah tak tahan dah Mira! Cepat tanggalkan kain kau tu sekarang jugak!

Mira: Ape ni Zack??!!

Zack: Setelah sekian lama aku berkongsi bilik ngan kau Mira........ aku betul-betul dah tak tahan dah ni Mira! tanggalkan cepat!

Mira: Zack nanananti dulu.....Mira....

Zack: No excuse! tanggalkan skang! kau nak aku guna kekerasan???!

Mira: Jajajangan buat perangai camni Zack....Mira takut....... esokkan dah raya..... baru habis sebulan berpuasa....

Zack: Pasal esok nak raya lah aku suruh kau tanggalkan kain langsir kau ni!! Tiap2 tahun mesti guna kain langsir kau utk bilik ni! Aku tak kira tahun ni kain langsir aku pulak!

Mira: ce.....la.....ka.......

Rahsia Kejayaan The Rock

Alkisahnyerr...


Korang pasti mengenali The Rock bukan? Antara penggusti terkenal dan berjaya dalam arena gusti  Sebenarnya ada rahsia disebalik kejayaan The Rock .  Korang nak  tahu ? ni aku nak citer ckit  rahsia kejayaan  The Rock ialah pada masakannya. ya pada masakannya.  Selain bergusti, tugas The Rock adalah untuk memasak makanan untuk ahli-ahli  gusti yang lain seperti Stone Cold Steve Austin dan Big Show serta bos kesayangannya Mr.McMohan. The Rock akan mula memasak sebelum program WWE bermula dan selalunya masakan The Rock perlu didihkan selama 15-20 minit dan akan masak di akhir rancangan. Sementara menuggu masakannya mendidih hingga masak, masa inilah The Rock akan keluar dan bergusti.
 
Bila The Rock keluar dia akan bertanya dahulu kepada penoton “If you smell what The Rock is cooking?”, tujuannya tak lain dan tak bukan kerana the rock ingin meminta tolong penonton2 untuk sama2 menjaga masakan yg berada di atas dapur supaya tidak hangit. Jika ada bau nak masak atau hangit cepat2 jerit rocky. Jika makanan hangit maka pastinya The Rock akan dibelasah oleh rakan2 gusti yang lain.


Sebab itu penonton selalu menjerit rocky2 sebagai isyarat masakannya hampir masak dan supaya the rock gelabah pasal masakannya dan cepat2 belasah lawannya dan menang supaya dapat cepat2 pergi ke dapur. Kita selalu tengok kadang2 ada ahli gusti yang lain tiba datang dan kacau The Rock sewaktu perlawanannya. Sebabnya tak lain dan tak bukan kerana masakan The Rock sudah hangit dan ahli gusti yang datang kacau tu marah sebab tak dapat nak makan. Kesian The Rock.

Kisah Professor Yang Memberi Kuliah

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Terjemahan Istilah Komputer Direct ke Bahasa Melayu

beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer dalam bahasa Inggeris secara terus ke Bhasa Melayu. korang tengok sendiri apa jadi, baca terjemahan ayat dari terjemahan direct ke bahasa melayu.  amaran , kalau dalam bahasa inggeris ayat diawah biasa je, tapi lepas diterjemah secara terus hahahaha, ayat tadi menjadi lucah. tak percaya korang baca..

Istilah

Hardware: barang keras

Software: barang lembut

Joystick: batang bahagia

Plug and Play: cucuk dan main

Port: lubang

Server: pelayan

Client: pelanggan

Contoh

"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Terjemahan

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."



p/s : so kalau korang nak terjemahan macam istilah asal dari bahasa inggeris ke bahasa melayu secara terus kadang-kadang tu menjadi doule meaning and lucah ooo. hahahahaha.

Kisah Selsema Burung

Alkisahnyerr...

seorang lelaki telah menelefon seorang doktor untukbertanyakan mengenai selsema urung yang dijangkiti anaknya...

"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita selsema burung."

"Saya tahu,"jawab doktor.

"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat.


Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."

"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.

"Dia telah mencium pembantu rumah kami."

"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."

"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."

"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."

"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."

"Celaka,"jawab doktor tersebut dengan rasa seram,

"Kalau  macam tu aku pun dah dijangkiti jugak, cettt"  kata doktor tersebut dalam hatinya.

Kisah Teruna dan Dara | Dialog si Teruna dan Dara

Kisah Teruna dan Dara |  Dialog si Teruna dan Dara


Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan  sesekali kau berfikiran begitu!

Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal  seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna: Ya! Dara:

Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas pula yerr

Kisah Suami Isteri | Hak Penjagaan Anak

Kisah Suami Isteri | Hak Penjagaan Anak

Alkisah.......

 Ada sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin ?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."

Kisah Budak Kecil, Lelaki Tua dan Coklat

Kisah Budak Kecil, Lelaki Tua dan Coklat

Pada Suatu petang yang tak berapa nak mendung,  Seorang lelaki tua sedang berehat sambil melepakkan diri di bangku taman bunga. Tanpa semena-mena,  datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan coklat Cadbury dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi.

Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil tersebut hendak makan coklat Cadbury yang ke-10, dia mencelah,

"Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit"

Budak kecil tadi melihat sambil usha pelik pada pak cik tersebut.


Lalu, dengan penuh bangga dan confident nyer pak cik tersebut telah mrmberi sepatah dua nasihat kepada budak kecil tersebut

" oh nak.  kalau makan banyak sangat makanan ringan, manis-manis, tak elok untuk kesihatan ,
gigi rosak!"

Si budak kecik tadi pun dengan penuh slumber membalas,

"Datuk saya pun ada nasihat juga."

si pakcik pun mencelah bertanya "Dia pun kata jangan makan makanan ringan jugak kan?"

si budak lantas menjawab "Tak. atuk saya kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN !!!"

Kisah Orang Gila | Lawak Orang Gila

Kisah Orang Gila | Lawak Orang Gila
Alkisahnyer ....
ada  26 orang gila mempunyai masalah mental yang tersangat serius. Mereka -mereka ini perlu menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka akhirnya telah dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika berada ruang di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat sangat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka kerana pesawat menjadi tidak stabil.. 
 "Hoi! Bising sangat la! Jangan main bola ...dalam kapal terbang, faham tak!!!" jerit co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten mula berasa curiga lagi musykil kerana situasinya terlalu tenang. Sementelah itu, dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut beruk! Orang gilanya hanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain mana?"
Maka salah seorang orang gila yang masih ada  pun menjawab. 
"Habis...  da tak boleh main bola kat dalam kapal terbang, dorang  semua main bola kat luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Banduan Yang Pintar

Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, telah menulis surat kepada anaknya yang meringkuk dalam penjara Nusa Kambangan kerana dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Suratnya berbunyi begini: “Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?”

anaknya telah membalas surat itu beberapa minggu kemudian. “Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana,” kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak penjara, maka keesokan harinya setelah si bapak menerima surat tersebut, telah datang satu peleton tentera dari kota Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut untuk mencari senjata api tersebut.namun hampa tidak ditemui langsung. Setelah mereka pergi, si bapak pun mengutus surat kepada anaknya.

“Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentera mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?”

Si anak kembali membalas surat tersebut, “Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan sudah dicangkul sama tentera, dan jangan lupa ucapkan terima kasih sama mereka.”

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pengsan setelah membaca .

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics