Kisah Mira Semasa Dating
Berkali-kali Mira berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Mira bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Mira berbangga pun sendiri.
Selama ini pun Mira acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Mira tahu itu. Mira faham itu.
Mira senang begitu! Cuma mujurlah Mira tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Mira. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Mira bolayan terus. Apa klasss diorang tue?
Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Mira mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Mira kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Mira tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!
Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Mira buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Mira dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang.
Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat Mira pasti!
"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I ndak ajak dinner!!" begitu lama Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama ini tak pernah lepas dari benak Mira. Bagaimana mesti Mira jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.
Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama, Mira bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug-dag menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Mira. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Mira laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.
Sameon tersengih segak menanti, sedang Mira buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Mira terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Mira itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul
sesimpul-simpulnya.
Wajah Mira cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Mira tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Mira berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."
Pelan-pelan Mira meraba hidungnya... ...
Moral : Mana ada manusia yang sempurna?
JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG . hehehehehe.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KaTeGorI LaWaK-bRuTaL
artikel
awek
black box
black box found
bra
cerita cikgu dengan Anak murid
cerita lawak
cerita Pak Belalang
cerita rakyat
cium nurse
contoh soalan karangan
curang
dialek terengganu
english jokes
fakta lawak
first time sex
gambar lawak
gaya awek pose
gaya posing awek
get money
handfon nokia
handphone samsung
harta pusaka
i-phone
isterinya curang
janda hot
jozan
kahwin lagi
kejut bangun sahur
kereta inspira
kisah buda kecil
kisah dengan nurse
Kisah janda
kisah kecurangan
kisah lawak
kisah main kayu tiga
kisah malam pertama
kisah ranjang
kisah Suami isteri
koleksi pepatah dulu
komputer
kondom
kongkek
lagu raya
Lawak 18 SX
Lawak 18SX
lawak ajoi
lawak asal usul
lawak Ayah dan Ibu
lawak best
lawak bodoh
Lawak broken english
lawak brunei
lawak double meaning
lawak facebook
lawak gila
lawak jenaka
lawak kekasih
lawak kelantan
lawak malam pertama
lawak pak arab
lawak pak pandir
lawak pecah perut
lawak pendek
lawak puasa
lawak raya
lawak sains
lawak sempoi
lawak sengal
lawak seram
lawak suami isteri
lawak teka-teki
lawak terengganu
lawak ultraman
lelaki hensem
lelaki kacak
maharaja lawak
make money
makna disebalik kata wanita
misteri
motorola
naughty nun
pantun
pantun jenaka
pantun lawak
pantun malam jumaat
pantun puasa
pantun raya
pasangan kekasih
pepatah lama
pepatah lawak
pepatah melayu
poligami
political jokes
rindu pada si dia
rumah terbuka
sejarah asal-usul negeri di Malaysia
sex
sms lawak raya
soalan karangan
suami curang
sukan yang telah pupus
surat cinta seorang rockers
surat poligami
tanda-tanda rindu
teka-teki
usop hantu kak limah
video lawak
video lawak raya
video usop wilcha
video usop wilcha di ABP
what is politics
Huhu gedik cgt nah blu hidung pnjg. Mlu siot
BalasPadam