Eksekutif




Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.

“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics