Asal-Usul Nama Hantu

Salam lawak-brutal semua, hope korang semua sihat semua. kalau x sihat sihat2kan diri tu dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan. okay  :) lama dah blog ni tak berupdate. rasanya hampir sepurnama tiada lawak diupdate. so hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai asal-usul nama hantu. kat Malaysia lagi-lagi kepercayaan orang Melayu. yang peccaya benor dengan kewujudan pelbagai speisis hantu. kat sini aku kongsikan dengan korang macam mana nama hantu dibawah mendapat nama.


1. Hantu Raya

Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya…….kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat
menginapnya disyaki di balai – balai raya .


2. Hantu Langsuir

Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang .Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.


 3. Hantu Stokin

Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.



4. Hantu Jerangkung

Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang…..kung’,
jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.


5. Hantu Pontianak

Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak – Ponti punya anak Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak…Lekatlah nama pontianak.


6. Hantu Penanggal

Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari…..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu…..dia pun mengilai semahunya.


7. Hantu Pocong

Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka
sangat menipu, senang cerita…kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!



8. Hantu Kom-Kom

Berasal dari Hantu Komputer,macam korang yang suka main Komputer
surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia.Disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan
komputer,……….komputer,komputer.akhir sekali di sebutlah hantu KOM-KOM..shortcut dari
Komputer jadi ler KOM..sahaja…. samala macam korangggg!!!! hehehe =) jan marah.

12 ulasan:

  1. da penah baca da...tp part hantu kom-kom tu yg kelakar... :)

    BalasPadam
  2. err..hantu kom-kom
    kalau guna laptop??
    haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau laptop jadi hantu laplap.. hahaha

      Padam
    2. Jadi hantu top top.....hahahhaha

      Padam
  3. haha..siyes bes..macam mana plak dgn hantu galah?? hehe..

    BalasPadam
  4. kalu guna laptop jadi hantu thailand hantu pop! hahaha

    BalasPadam
  5. Kalau hantu. Siam. Pulak. Cam ne

    BalasPadam
  6. kalau dracula pulak ???

    BalasPadam
  7. Hahaa.. Lawak betuk. Hantu KOM KOM.

    BalasPadam
  8. Hiihihihihu..kelakar bangat...asyikk

    BalasPadam

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics