Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

gambar diambil dari google images 



Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya
mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.


Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan
berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun
berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”

Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain.

Tapisemuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke
Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”.

Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih
yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya…

Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan
mempelawa perempuan itu masuk.

Perempuan tu bukannya nak dudukkat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur
tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu.
Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana
menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya
di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu…  Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika…


Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi.
Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya.
Dia makin tak senang duduk .

Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya.
Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam.

Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah
lagi dengan baju yang dipakainya… Dia pun beranikan diri dan bertanya…


”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??

”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu

”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
 tanya lelaki tu lagi.

”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”

” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”

” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics