Alkisah seorang isteri yang bergaduh dengan suaminya. Kerana marah si isteri ini lari ke dalam hutan meninggalkan suaminya. Adapun di dalam hutan tersebut maka terserempaklah dia dengan jin yang terperangkap di dalam botol. Maka berkatalah jin tersebut kepada si isteri tersebut. " Jikalau kau membebaskan aku maka aku akan tunaikan permintaanmu".
Setelah berfikir sejenak maka bertindaklah si isteri tersebut membebaskan jin yang terperangkap di dalam botol. Setelah dibebaskan jin tersebut maka bersuara si isteri kepada jin. "Sekarang kamu makhluk untuk menunaikan permintaan dariku ini". Maka berkata pula jin tersebut. "Adakah kamu sudah berumahtangga?"
"Sudah, tapi mengapa ditanya? "
Balas si isteri. "Kalau begitu aku berimu dua pilihan. Pilihan pertama kamu mendapat satu permintaan, dan pilihan kedua kamu akan mendapat 3 permintaan tetapi suamimu akan mendapat sepuluh kali ganda dari apa yang kamu minta".
Setelah memeras otak maka si isteri memilih untuk mendapat tiga permintaan. Sekali lagi jin tersebut memberi amaran bahawa suaminya akan mendapat sepuluh kali ganda permintaannya itu. Setelah bersetuju maka berbunyilah permintaan si isteri.
Permintaan pertama : "Aku hendak menjadi wanita tercantik di dunia."
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkacak di dunia".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab aku adalah wanita tercantik".
Maka tertunailah permintaan pertamanya itu.
Permintaan kedua: "Aku hendak menjadi wanita terkaya di dunia."
Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkaya di dunia dan hartanya sepuluh kali ganda darimu".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab hartanya, harta aku juga".
Maka tertunailah permintaan keduanya itu.
Setelah dua permintaannya ditunaikan maka timbullah rasa dendam di dalam jiwa si isteri tersebut. Maka permintaan si isteri yang terakhir adalah "Wahai jin, permintaan ketigaku adalah aku mendapat serangan jantung yang ringan".
Tanpa persoalan maka jin tersebut menunaikan permintaan tersebut.
Moral: Kaum Adam beringatlah bahawa wanita itu bijak, maka janganlah mencari pasal dengan mereka.
Perhatian kepada pembaca wanita : Ini adalah pengakhiran cerita untuk kamu. Teruslah berasa bahagia dengan cerita ini.
Kepada kaum lelaki teruskan membaca. Cerita lelaki masih belum tamat.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Suami si isteri tadi mendapat serangan jantung sepuluh kali lebih ringan dari si isteri.
Moral: Wanita taklah bijak sangat. biarkan mereka bergembira dengan cerita mereka.
P/s : Sekiranya anda wanita dan masih lagi membaca artikel ini maka terbuktilah wanita itu tidak suka
mendengar cakap. Sebab itulah anda masih membaca artikel ini walaupun sudah diberitahu cerita kamu sudah berakhir.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KaTeGorI LaWaK-bRuTaL
artikel
awek
black box
black box found
bra
cerita cikgu dengan Anak murid
cerita lawak
cerita Pak Belalang
cerita rakyat
cium nurse
contoh soalan karangan
curang
dialek terengganu
english jokes
fakta lawak
first time sex
gambar lawak
gaya awek pose
gaya posing awek
get money
handfon nokia
handphone samsung
harta pusaka
i-phone
isterinya curang
janda hot
jozan
kahwin lagi
kejut bangun sahur
kereta inspira
kisah buda kecil
kisah dengan nurse
Kisah janda
kisah kecurangan
kisah lawak
kisah main kayu tiga
kisah malam pertama
kisah ranjang
kisah Suami isteri
koleksi pepatah dulu
komputer
kondom
kongkek
lagu raya
Lawak 18 SX
Lawak 18SX
lawak ajoi
lawak asal usul
lawak Ayah dan Ibu
lawak best
lawak bodoh
Lawak broken english
lawak brunei
lawak double meaning
lawak facebook
lawak gila
lawak jenaka
lawak kekasih
lawak kelantan
lawak malam pertama
lawak pak arab
lawak pak pandir
lawak pecah perut
lawak pendek
lawak puasa
lawak raya
lawak sains
lawak sempoi
lawak sengal
lawak seram
lawak suami isteri
lawak teka-teki
lawak terengganu
lawak ultraman
lelaki hensem
lelaki kacak
maharaja lawak
make money
makna disebalik kata wanita
misteri
motorola
naughty nun
pantun
pantun jenaka
pantun lawak
pantun malam jumaat
pantun puasa
pantun raya
pasangan kekasih
pepatah lama
pepatah lawak
pepatah melayu
poligami
political jokes
rindu pada si dia
rumah terbuka
sejarah asal-usul negeri di Malaysia
sex
sms lawak raya
soalan karangan
suami curang
sukan yang telah pupus
surat cinta seorang rockers
surat poligami
tanda-tanda rindu
teka-teki
usop hantu kak limah
video lawak
video lawak raya
video usop wilcha
video usop wilcha di ABP
what is politics
nice post bro...mantap!!!!!!!!!
BalasPadamaku share keyh n kasi credit skali... :)
hahahah...alamak...dah baca smpai bawah...adoi..nmpak sngt x dgr ckp~
BalasPadam