Lawak Rider



Di suatu malam yang tak berape indah....seorang pakcik dengan berkopiah sedang menunggang motor Honda C-70 untuk pulang ke rumahnya dari surau...tengah syok pakcik tersebut melayan lamunan..tiba-tiba enjin moto yang tak berape nak kesayangan beliau terpadam... dalam hatinya " ah sudah...meragam lagi ko peah (nama manje motonye)...camane aku nak balik ni "..sedang pakcik tersebut berusaha untuk merepair motor beliau walau sbnrnye tak taw pape pun, datang seorang mamat rider yang menunggang Suzuki Hayabusa turbo berhenti sebelah beliau...berikut merupakan dialog mereka berdua :



rider : Assalamualaikum bro...nape ni?

pakcik : Waalaikumussalam, bro kepale hotak ko...aku ni dah tahap atok ko taw tak...ni ha..tak taw la peah pakcik ni... meragam je...

rider : ala pakcik ni... gurau-gurau pun tak ley... aik pakcik, moto yang dah takde rupe ni pun ada name?

pakcik : amboihhh...gurau kasar nampak, ko taw tak motor ni hadiah besday aku, askar jepun bagi
dulu.. ko apa taw...

rider : lol... ok, ok. .. skunk ni saya nak tolong pakcik tarik moto pakcik sampai umah pakcik kebetulan saya bwk tali ni, bole ikat belakang motor saya...

pakcik : kene bayar tak? aku bawak seringgit je ni, baru ingat nk minum kopi kat depan tuh...

rider : eh.. tak pe, tak pe... saya ikhlas nak tolong... tapi kalau pakcik ada anak perempuan yang single mingle tu....haa..saya teruna lagi nie...hehe...

pakcik : ah..ko tak yah ngengado...ni..cepat ikat.. tarik smpai umah aku kat kampung cap ayam depan sane...

rider : orait pakcik...ready ha..kalau saya laju sangat pakcik tekan hon taw....

pakcik : orait bro...

rider : aik...pakcik pulak panggil saya bro..

pakcik : dah ko tolong aku... kene laa respek skit...

rider : hehe.. ok,ok....


sampai di pertengahan jalan, ketika hampir sampai ke simpang kampung pakcik tersebut....

rider : alamak pakcik...tanah runtuh la..camane nak lalu ni?

pakcik : ah sudah...memang tak nak bagi aku balik ke?sejuk nasi yang bini aku masak kat umah tuh...

rider : takpe, takpe...saya tetap akan tolong pakcik, kalau cmtu...kite ikut jalan jauh sikit la, kita masuk highway PLUS pastu pusing ikut belakang..orait tak?

pakcik : orait je...gua takda hal...

rider : dalam hati (eh pakcik ni...lebih-lebih pulak)...macam biase eh pakcik, kalau saya laju sangat, pakcik tekan hon... kang tertinggal plak...

pakcik : oraittt..mereka pun meneruskan perjalanan...

ketika di highway...sedang rider tersebut menarik moto pakcik yang diikat di belakang motornye dengan kelajuan 60 km/h,datang pulak seorang rider menunggang Yamaha R1 bakar-bakar line kat rider yang sedang menarik moto pakcik tersebut...dalam hati beliau (sabar2...tunggula smpai aku antar pakcik ni...nahas ko) namun rider Yamaha R1 tersebut terus menerus bakar line kat Hayabusa tersebut..rider Hayabusa tersebut mula hilang sabar & membalas bakaran R1 tersebut...


Tanpa mempedulikan pakcik yang terikat di belakang motornya, rider Hayabusa tersebut terus memecut mengejar R1 tersebut...pakcik yang dibelakang pula agak terkejut dengan tindakan rider Hayabusa tersebut dan terus menekan hon berkali2x untuk memberitahu rider tersebut yang beliau terlalu laju, namun tidak dipedulikan oleh rider Hayabusa tersebut...matlamat utamanya untuk mencicirkan rider R1 tersebut...tanpa perlu bekerja keras, dengan mudah Hayabusa tersebut bersama pakcik di belakang memintas yamaha R1 tersebut dengan kelajuan 320km/h...namun nasib tidak menyebelahi mereka...tanpa disedari terdapat polis yang sedang melakukan speed trap di highway tersebut & ketiga-tiga mereka telah dirakam oleh kamera polis...polis terbabit bergegas menghubungi peronda yang berada di hadapan untuk menahan ketiga2 mereka...berikut merupakan perbualan mereka :

polis 1 : terdapat tiga buah motorsikal yang dipandu secara berbahaya di KM370.2 arah selatan, hantar peronda untuk menahan mereka..

polis 2 : sila beri deskripsi kenderaan & kesalahan..

polis 1 : sebuah motorsikal model Suzuki Hayabusa sedang berlumba dengan sebuah motorsikal Yamaha R1 & yang sebuah lagi tu....errr..aku sendiri pun tak caye dengan ape yang aku nampk ni sebenarnye...aku nampak motor Honda C-70 boleh potong Yamaha R1 siap cucuk angin belakang Suzuki Hayabusa & siap tekan-tekan hon nak suruh Hayabusa tu ketepi sebab dia nak potong...dah la pakai kopiah je...

polis 2 : haaa..????????????????

akhirnya ketiga-tiga mereka ditahan...& pakcik yang menjadi mangsa keadaan tersebut turut sama tido di lokap & motorsikal pakcik tersebut telah dihantar ke USA untuk dijadikan kajian..


P/s : Gua naik rapid K.L jer gi shopping..save bajet..hik3..:D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics