Lelaki Amerika Di Jerman

p>Seorang lelaki Amerika berjalan masuk ke sebuah bar di Jerman. Tak berapa lama kemudian, dengan meninggikan suaranya dia bertempik di hadapan sekumpulan pemabuk. 

“Aku pernah dengar orang berkata, orang Jerman semuanya kaki minum arak. Aku menawarkan hadiah berupa 1000 dollar US kepada kamu semua, siapa yang boleh meneguk sekaligus lima botol Whiski, maka wang ini segera aku berikan kepadanya.”  

Waktu itu suasana bar begitu tenang, tiada orang yang berani mengangkat muka menjawab tawaran lelaki Amerika itu. Lelaki Amerika tersebut begitu senang hati, dia mengagak orang Jerman semuanya boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya, lantas dia sekali lagi berteriak, “sekarang aku bersedia menambah menjadi 2000 dollar US. Siapa di antara kamu yang berani mencubanya? Ayuh, sila tampil ke hadapan.” 

Ketika itu kelihatan seorang lelaki Jerman berlari keluar menuju pintu bar. Lebih kurang setengah jam kemudian, dia masuk semula ke dalam bar. Sambil menepuk-nepuk bahu lelaki Amerika itu, dia berkata, “adakah tawaran kamu tadi masih berlanjutan?”  

Orang Amerika itu ketawa terkekeh-kekeh dan dengan lantang mengulangi janjinya yang telah dikatakan di depan umum, “Oh, jangan khuatir, tawaran tadi masih ada.”  

Lelaki Jerman tersenyum gembira. Dia segera meminta lima botol Whiski diletakkan di atas meja di tengah bar, kemudian dengan memejamkan kedua matanya dia meneguk sekaligus lima botol Whiski itu ke dalam perutnya. 

Lelaki Amerika itu sangat terkejut, seketika kehilangan muka. Mahu tak mahu dia harus menepati janjinya, memberikan 2000 dollar US kepada orang Jerman itu sebagai hadiah, kemudian dengan rasa kagum dan takjub dia bertanya dengan lebih lanjut, “sebelum kamu meneguk lima botol Whiski tadi, mengapa kamu tergesa-gesa meluru keluar dari pintu bar ini?”

Lelaki Jerman itu berkata, “aku sebenarnya tadi lari keluar ke bar berhadapan bar ini. Di sana aku telah mencuba terlebih dahulu, adakah aku betul-betul mampu meneguk sekaligus lima botol Whiski.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics