Pada suatu hari, beliau telah ditugaskan untuk ke Indonesia dan telah membeli seekor burung kakak tua sebagai buah tangan untuk isterinya iaitu Nora. Nora merupakan seorang pramugari yang mempunyai wajah yang jelita serta tubuh badan yang seksi dan bertugas di syarikat penerbangan yang sama.
Setelah pulang ke rumah, beliau memberi burung tersebut kepada Nora. Lalu nora pun berkata..
Kenapa abang beli burung kakak tua ni..kan mahal harganya..Sameon pun menjawab..
Abang beli untuk awak..lagi pun burung ni special sikit. Cuba awak tengok ni.Sameon mengangkat tangan kanan dan memetik-metik jarinya. Lalu burung itu terus menyanyikan lagu dangdut. Nora berasa sungguh teruja kerana ini pertama kali dia melihat seekor burung kakak tua menyanyi lagu dangdut. Kemudian dia pun bertanya kepada Sameon.
Kalau abang angkat tangan kiri pulak apa jadi..??Sameon pun mengangkat tangan kiri dan memetik-metik jarinya seperti tadi. Lalu burung tersebut terus menyanyikan lalu hip hop. Nora berasa sangat-sangat teruja mendengar nyanyian burung tersebut dan bertanya lagi kepada suaminya itu.
Abang, kalau kita angkat kedua-dua belah tangan pulak apa jadi..???Sameon pun menjawab..
Awak cuba la buat.Nora pun mengangkat kedua-dua belah tangannya dan memetik-metik jarinya seperti yang dilakukan oleh suaminya tadi. Tiba-tiba burung itu pun berkata…
Satu-satu la bodoh!! mana satu aku nak ikut ni..! kiri ke kanan…!
hahaha..lawak glerrr
BalasPadam