Lawak Tahun Baru








heppy new year semua geng2 lawak-brutal dan juga , semoga tahun nie tercapailah azam korang...ingat tuhan, ingatlah orang tersayang...semoga sama2 kita menempuhi tahun ini depan penuh kejayaan..

10 tips untuk mengurangkan bosan ketika di dalam lif









1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “Diam, semuanya diam!”.

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik… tik… tik…

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. “Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!”.

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah “Oksigen cukup tak kat situ?”

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu “Ini adalah area SAYA”

Pengadil Korea DEDAH punca sebenar kad merah!!!







Bahang kekalahan Harimau Malaya kepada pengadil Korea di separuh akhir Piala AFF di Bangkok masih terasa..

Akhirnya.., terungkai juga punca sebenar kenapa pengadil Korea tu dilihat lebih cenderung menyebelahi pasukan Thailand

..Rupanya.., semuanya berpunca dari semangkuk Meggi Tomyam beb... Memang tak boleh blah langsung!! Huhuhuhu...

Lawak Posmen







Seorang posmen yang datang menghantar surat.

Posmen: Assalamualaikum..!

Lelaki: Walaikumsalam ..

Posmen: Ni rumah encik encik Sameon ye?

Lelaki: Ya saya

Posmen: Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni

Lelaki: Buat susah aje encik nie..! Apasal tak pos aje...(dengan muka slumber).





by: Han


Lawak Double Meaning : Hari Hari Mau







Ali sedang bersiar-siar dibandar. Tiba-tiba dia terpandang sahabatnya Abu, yang telah sekian lama tidak ditemuinya.

Ali : Dah 5 tahun kita tak jumpa.Apasal aku tengok engkau kurus sangat?

Abu : Mana tak nya..Isteri aku tu garang sangat. macam harimau

Abu : Eh aku tengok engkau pun kurus cam aku juga. Apasal?

Ali : Isteri aku tu lagi garang, hari hari mau !!


Cerita Lawak Cuti Sekolah









Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Laila bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....


Lawak Pak Pandir : Pak Pandir ke Kebun








Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.


Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"


Mak Andeh pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG"


Lawak Bodoh : Kuda Makan Rumput







Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Shin Chan, kosong je?”

Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”

Cikgu : “Rumputnya mana?”

Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”

Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”

Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”


Lawak Pendek : Makan Semut








Ketika memeriksa seorang pesakit, Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!

Doktor : Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.

Suri rumah: Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.

Doktor : Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!


Resepi Apam Polkadot









cara buat apam polkadot


Bahan-Bahan:


-3biji telur
-275gm tepung gandum
-220gm gula halus
-150ml susu segar
-3sudu teh baking powder
-1sudu kecil ovalatte
-1sudu kecil esen vanilla
-filling (blueberry@apa2 ikut citarasa)
-pewarna

Cara Penyediaan :

1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang

2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul hingga kembang selama 6-8 minit.

3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam mangkuk kertas.

5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh.

6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.

7-kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.


Cadangan Hidangan:

untuk hidangan minum petang dan majlis2 keramaian.


Tambahan:

1-letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak lembik.
2-bahan untuk 50biji papercup medium.

Gambar Baby Comel kena Troll



korang tengok gambar baby comel ni kena troll . tak boleh blah





Hahaha...mencebik terus baby tu. muka bengang jer . comei...

Pantun Cinta Berkasih Sayang




Salam lawak brutalz semua. semoga korang sntiasa dalam keadaan brutal :) .. orait entri yang aku nk kongsi bukanlah pantun lawak .. tetiba rasa nak sharing pantun cinta cintun .. so korang yang ada gf  , mungkin korang boleh tukar pendekatan sms dgn mengirimkan pantun cinta berkasih sayang .. baru lah romantik sikit gf korang msti tacink dapat sms pantun .. apa-apa pun  jom layanz pantun kat bawah ni




Cantiknya pantai disapa ombak
Nelayan tua menarik pukat
Cantiknya mempelai dikompang diarak
Hari bahagia kasih diikat

Cempaka setangkai ros sejambak
Diracik-racik si bunga rampai
Kasihku bagai setianya ombak
Siang dan malam mengulit pantai

Cincin permata gelang seurat
Berikan sulam merah kesumba
Keramat cinta rindu memberat
Menunggu bulan jatuh ke riba

Condong pokok kelapa ditebang
Tempat belatuk membuat sarang
Padi hampa bak debu terbang
Janji kosong kubiar usang

Daging rusa dilayat-layat
Dicampur susu lemak gulainya
Janji setia ke akhir hayat
Anak cucu saksi buktinya

Dahan layu tunggu berpucuk
Pokok pandan di tepi perigi
Sudah dirayu sudah dipujuk
Nasib badan orang tak sudi

Dapat berlian dibuang kaca
Permata juga dibeli orang
Dulu dilayan kini dicerna
Kerana harta cinta terhalang

Dapat ikan sedepa
Komeng kelapa setandan
Malang bukan ditempa
Cinta buta sempadan

Dapat pelita bertenun kain
Dapat benang jarum diasah
Bertentang mata hati ke lain
Bak berenang badan tak basah

Dapat sejambak paku pakis
Bunga melati disusun digubah
Dipukul ombak pantai terhakis
Pantai hati tidak berubah

Dapat tenggiri penuh sebakul
Dapat pelata sudah bersiang
Dapat isteri kenapa dipukul
Kemarau cinta berkubur sayang

Dapat udang sebesar lengan
Koyak jaring dilanggar todak
Putus tunang jangan kempunan
Usahkan rugi luak pun tidak

Dara sunti manis bercelak
Pergi mengaji ilmu ditimba
Parah hati cinta ditolak
Madu diminum terasa tuba

Dara sunti si ikal mayang
Berkain labuh tidak berbedak
Kalau hati sudah sayang
Air yang keruh hilang keladak!

Datang badai disambut taufan
Pokok beringin patah tumbang
Saya bagai si habuk papan
Datang angin melayang terbang

Datang mempelai digesek biola
Merdu serunai diselang rebana
Rambut terurai disanggul semula
Kasih terurai cinta dibina

Datang musang memakan bacang
Mati ditembak di pokok ciku
Batang pisang boleh dicincang
Cintaku bak isi dengan kuku

Datang ribut sekencang angin
Pokok pinang menyembah bumi
Datang menyebut hati teringin
Masuk meminang tanda rasmi

Datuk paduka pergi memburu
Sekali tempur peluru bertabur
Dahan cinta bertunas baru
Pohon kasih semakin subur

Daun birah dibuat tudung
Renjis-renjis hujan gerimis
Hati marah cuba dibendung
Senyum manis menahan tangis

Daun kemangi petik setangkai
Santapan raja ulam pegaga
Habis wangi sabun dipakai
Daki cinta tak hilang juga

Daun kering gugur melayang
Bumi kontang menanti embun
Rindu siang makan seorang
Rindu malam dicari telefon

Di kuala keruh di hulu tenang
Senang berkayu pergi ke surau
Yang jauh terkenang-terkenang
Yang dekat tidak dihirau

Diampai sama kering
Direndam sama basah
Digoreng sama garing
Berpisah sama gelisah

Digenggam takut mati
Dilepas takut terbang
Aduhai, rusuhnya hati!
Nanar rindukan abang

Dihembus bayu hujan tak lebat
Karam perahu di tengah lautan
Dipujuk rayu hati terlambat
Kasih berpadu paut-pautan

Dingin angin membalut malam
Jernih embun di hujung daun
Kasihmu dingin sukar diselam
Cinta sekebun wangi bertahun

Ditolak arus sampah ke tepi
Dipukul badai kapal tak karam
Jujur lurus masih dikeji
Bagai gulai terlebih garam

Doa selamat hajat dipinta
Malam Jumaat di rumah bonda
Manis nikmat buah cinta
Pahit jadam serasa gula!

Dodol dikacau santannya sejat
Gula setelap ditambah lagi
Jauh dijelau kasih nan erat
Tidurnya lelap sampai ke pagi

Dondang sayang dengar tak jemu
Pantun disebut mengenang untung
Tegak tiang tegap kasihmu
Dilanda ribut akulah penyokong

Dondang sayang lagu bergema
Ada gaya bergelar biduan
Kelibat baying terasa bersama
Nanar saya rindukan tuan

Dondang sayang pantun dibeli
Orang berjoget depan istana
Patah tiang boleh diganti
Patah hati jiwa merana

Duduk bersila makan ketupat
Beras baru menjamu tetamu
Sakit kepala dicari ubat
Sakit rindu ingin bertemu

Dulu sepasu kini berladang
Orkid diikat jual ke Jepun
Dulu membisu Cuma memandang
Kini sepakat bak serai serumpun

Emas semayam gelang di tangan
Dibawa mandi haram tak luntur
Siang menganyam angan-angan
Adat mimpi permainan tidur

Emas tempawan mahkota paduka
Mahakota ditempa bertatah berlian
Lemas tuan ditimbus duka
Lemas saya dilambung pujian

Embun malam belum kering
Sudah mencurah hujan pagi
Duka silam baru meranting
Jiwa nan parah didera lagi

Empat puluh empat hasta
Kain cindai halus terbilang
Hancur luluh dimakan cinta
Hati tergodai kasih terhalang

Emak dangai makan berkuah
Manis serikaya sapu ke roti
Anak sungai sedangkan berubah
Saya tak mampu menjeruk hati

Enak laris semua juadah
Air segeluk dibiar sejuk
Cuma sebaris kata bermadah
Hati sejuk terkena pujuk

Gali keledek dibuang daun
Empuk direbus lemak dibakar
Menunggu adik bertahun-tahun
Bagai halwa naik sakar

Gambir secubit kapur secalit
Lemak pedas si daun sirih
Budi sedikit rindu diulit
Jadi pengikat tali kasih

Gebu lembut kuih serabai
Serabai dimakan bersama gula
Kerana harta direbut kasih terabai
Emas berbungkal hidup tersula

Gelang emas simpan di peti
Simpan sama keris purba
Resah cemas saya menanti
Tuan di sana tak kunjung tiba

Gigi diasah rambut diandam
Jari dara merah berinai
Cinta basah rindu berendam
Kasih mesra janji ditunai

Gugur daun melayang di perdu
Patah ranting dahan berpaut
Biar beracun semangkuk madu
Belum ajal berpantang maut

Gula hilang manis
Nangka tidak bergetah
Senyum menelan tangis
Hatiku luka parah

Gunung Ledang menyapu awan
Hijau rumput menutup bumi
Sekali pandang hati tertawan
Cinta bersambut segar bersemi

Habis menebang singgah di dangau
Duduk berehat makan bingka
Rajuk abang bak terbang bangau
Lambat bangat pulang juga

Halus batik dari Banjar
Boleh dikepal senang dibawa
Sama cantik sama terpelajar
Bagai epal dibelah dua

Hangat tak berapi
Sejuk tak berair
Kasih tak bertepi
Sayang tak berakhir

Harum bau bunga cempaka
Kembang melati di tepi telaga
Bergesel bahu bertembung muka
Malangnya hati bercabang tiga

Harum semerbak kenanga seuntai
Segar sejambak bunga kertas
Cintamu bak jejak di pandai
Disapu ombak tidak berbekas

Hati rawan gundah gulana
Ranting reput berpaut dahan
Senyuman tuan membawa makna
Bagai pelaut melihat daratan

Hebatnya unta bukit didaki
Bawa seperti kayu sugi
Hebatnya cinta seorang lelaki
Isteri mati tak kahwin lagi!

Hendak cawan diberi cawan
Secawan kopi sepotong roti
Kasih tuan jauh di awan
Saya di bumi jenuh menanti

Hendak dibawa perahuku hanyut
Ramai penumpang duduk menanti
Bagai senyawa nadi berdenyut
Kasih sejati sampai ke mati

Hidung seludang si intan baiduri
Tuan puteri cantiknya rupa
Mula terpandang terdetak di hati
Calon isteri sudah berjumpa

Hujan dulu penuh tempayan
Kain dibasuh baru diampai
Cintai layu ditelan kesepian
Hati rusuh kasih tak sampai

Hujan lebat haram tak reda
Bumi basah hapus kemarau
Sudah dapat kekasih muda
Isteri di rumah tidak dihirau

Hujan menderu rembas di lembah
Pokok mengkudu habislah rebah
Demam seminggu sudahlah kebah
Demam rindu kasih bertambah

Hujan petang angin menderu
Pokok sena dipukul taufan
Leka menatang cinta nan baru
Kasih lama rasa terbeban

Hitam kulit isinya putih
Buah manggis memang manis
Biar sulit jiwa merintih
Muka bengis hati menangis

Hitam langit ditampal awan
Berat awan menakung air
Dara dikenyit jejaka bangsawan
Hati tertawan ego pun cair

Hujan lebat jalan berlumpur
Jalan meniti di batang kelapa
Hati tersumbat rindu menggelupur
Derita menanti saat berjumpa

Ikan puyu dalam tempayan
Gulai toman si bunga kantan
Cinta layu ditelan kesepian
Tinggal kenangan dan ingatan

Ikan todak disangka sembilang
Umpan disambar si ikan toman
Cinta tertolak hati nan walang
Tenang sabar orang beriman

Intan mestika emas tempawan
Cincin di jari berliannya lebat
Tangkai derita meruntun rawan
Buah hati dikebas sahabat

Isi beras dalam kelongsong
Rebus ketupat menjelang senja
Mata bebas hati terpasung
Hilang tempat hendak bermanja

Istana besar hulubalang terbilang
Singgahsana mahligai ratu
Adik hantar abang nak pulang
Hantar Cuma hingga ke pintu

Istana ternama puteri kayangan
Hulubalang menunggu keliling pagar
Luka lama di lubuk kenangan
Kasih baru bercambah segar

Jalan bertiti mencari kepah
Penuh bakul jaja di kedai
Hancur hati bagai dilapah
Wajah sugul jiwa tergadai

Jambu jeruk di dalam telap
Rasa teringin minta sebutir
Biar buruk kulitnya gelap
Hati berkenan walaupun fakir

Jauh merantau surat dilayang
Ibu menunggu di kampung halaman
Hati terpukau pujukan sayang
Hangatnya rindu ke hujung zaman

Jemur jerami sampai kecut
Sudah kering dibuat tikar
Sabar suami bukan pengecut
Perit kerongkong hendak bertengkar

Jengking kala dapat dijerat
Bisa diketip sampai berdarah
Koyak jala boleh disirat
Robek hati jiwa nan parah

Jinak kucing pandai bermanja
Anjing disayang menurut kata
Pujuk memancing cantik dipuja
Kasih melayang kerana dusta

Jumpa durian sepangsa
Dapat papan ditarah
Sayang jangan dipaksa
Taat bukan dikerah

Jumpa seruas tebu berulat
Dapat sepangsa durian masam
Suami buas tinggal tak ralat
Sakit didera kasihku kusam

Kain cita baju kebaya
Fesyen baru harga melambung
Gua derita dipancar cahaya
Sinar cinta kasih bersambung

Kain telepuk tidak berkelim
Sudah dipakai Cuma sekali
Bagai pokok di empat musim
Kasih berganti jodoh kembali

Kainnya lebar putih bersih
Cat biru batik dilukis
Hati terdampar di pantai kasih
Ombak rindu cinta terhakis

Kalau ditutuh dahan mengkudu
Buah yang masak melarah gugur
Kalau patuh cinta yang satu
Biar retak jangan hancur

Kalau jemu berulam selasih
Ganti beremi rencahnya bilis
Pagi bertemu petang berkasih
Cinta “mi segera” cepatnya habis

Ke darat jalan tak sempit
Penuh paya rumput melata
Biar dijerat pengalaman pahit
Pantang saya berputih mata

Ke dusun memetik manggis
Buah manggis merah menyala
Bengkak mata dibawa menangis
Hendak berkabung sampai bila?

Kecil pacat benang selembar
Hidup membiak di pokok sagu
Muka pucat hati berdebar
Bimbang tak datang orang ditunggu

Keli di paya payah dijerat
Mudah dikail di air tenang
Pokok budaya bunganya adat
Dirisik dulu baru dipinang

Kicau bubut disambut balam
Burung kenari pandai menari
Mutiara di laut boleh kuselam
Mutiara hati sukar dicari

Mimpi isteri yang terkabul





Pada saat bangun pagi seorang wanita berkata kepada Suaminya,;


#"Papa... Tadi malam Ayang bermimpi Papa memberikan Ayang seutas Rantai berlian di hari ulang tahun kelahiran Ayang la. Bagaimana pendapat Papa mengenai mimpiku itu...???"



#"Ayang akan segera mengetahuinya malam ini juga yer, Sayang," jawab suaminya. (("
Sambil tersenyum manis manja... ^_____^"))



Malam itu juga si Suami memberikan kepada isterinya sebungkus Hadiah kepada isterinya. Dengan hati yang berdebar-debar dan penuh kebahagiaan, sang isteri membuka Hadiah itu perlahan-lahan dan setelah satu per satu pembalut kotak hadiah itu dibuka, Ternyata isi hadiah itu adalah :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.


. . . .
Sebuah Buku yang Berjudul : 





"Koleksi Tafsir-tafsir Mimpi Terpopular"




Isteri *:/(;.@-'?(#*

Pemilik Pisau Lipat





Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah.


 'Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.


 Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya. "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu.. Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah.. "Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini..


Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!" Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain.. "Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!" Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu... "STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Anak Derhaka






Di sebuah kampung yang diberi nama Kg. Kuali Lebam Sebatang.... tinggallah seorang janda beranak satu...Senah namanya. Anaknya nak kata budak tidak...nak kata tua pun tidak tapi perangai...masyaalah! ngalah kan setan aprait.... 


Mereka hidup takler senang...hidupnya kais pagi makan pagi...kais petang makan petang. Nama anak Si senah nie orang panggil Dak Atan... Si Atan nie kurang ajar orangnya.... hobi utama dia lumba motor haram....oleh sebab perangainya tak serupa orang . maka maknyapun tak kuasa nak layan kerenah anaknya tuh! nak dijadikan cerita....


Suatu hari tuh Atan teringinkan sebuah motor...selama nih pun kalau Si Atan teringin nak ber-racing dia pinjam dari kekawannya...tapi kali nih dia tak berpeluang lagi disebabkan kawannya dah serik pinjamkan motor kat dia...maklumlah ganas dan gelojoh dan rakus sangat. so, dia paksa ler maknya belikan sebuah motor yang canggih!!! 

 dengan kurang ajarnya Atan berkata " oii! kau!! aku nak motor" .

 Dengan lemah maknya jawab " mana aku nak cekau duit Atan oii? " mAtan bengang lalu dengan biadapnya Atan berkata lagi" Aku tak kira orang tua!!! kalau aku kata aku nak...aku naklah!!! besok aku nak tengok motor tuh dah ada depan mata aku.. FAHAM????" maka keesokkan harinya tersedialah motor tuh utk SiAtan...sebulan selepas tuh... Senah teringin nak minum air teh BOH.. Disuruh anaknya belikan serbuk teh tu.... Dengan angkuhnya Atan melenting........... 


 Atan: Apa ??? ko nak aku belikan teh semata2 untuk ko, dengan naik motor aku yg canggih nih? ? mana boleh!!! Tak glamour!!!!

 Mak: tak pe kalau ko tak nak tolong aku !! Dengan sedih Senah menahan sabar...

Lepas tuh Atanpun blah ngan motornya ((pergi Racing)) ... Nasib Atan agak malang..dia mati katak dlm kemalangan ketika berlumba ((padan muka)) ... maka mayatnya pun dikebumikan dengan selamat... semua sanak saudara sedih atas kematian Atan kecuali emaknya.... 


 Kemudian ketika orang menyiram air mawar di pusara Atan..maknya enggan menyiram pusaranya ngan air mawar.. tetapi maknya menggunakan air TEH.......lalu... maknya berkata "kerana teh la anak aku mati..." Sedang maknya sibuk menyiram...tetiba...kubur Atan merekah..maka semua yang ada disitu lari lintang pukang ..tak cukup tanah kecuali Senah..(.emaknya) lepas tuh.... atan keluar dari kubur dan bertentang mata dgn maknya.. 


 Lalu dengan tak semena2 mulut Atan bergerak dan berkata dengan lantang......... 


" " " " " " " " " teh BOH ada UMMMPPHHHH !!!!!!


 SEKIAN.......al kisahhhhh..

Teka Teki Lawak Bodoh Lucu Lucah 18SX



Teka Teki Lawak Bodoh Lucu Lucah 18SX




Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Daun betik boleh melembutkan daging yang
keras, tangan perempuan dapat mengeraskan
daging yang lembut.


Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Burung punai (Neil Armstrong punya)


Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa,
kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.


Apa yang mahal pada BMW?
Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...


Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Rumah terbakar


Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Orang sedang panjat tiang talipon.


Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
Viagra dan Krim membesarkan payudara.
Kesan dia ke depan, bukan ke samping.


Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
Lilin kek harijadi.


Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya.
Orang sedang meniup seruling.

Teka Teki Lawak Jenaka





1) Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara ... . Binatang ape yang pemalas ?
 Singa Jantan ... pasal dia malas nak cukur misai sampai tebal satu muka ... .



 2) Kenapa Amerika takut kat Jepon... .. dan Jepon pulak takut kat Amerika ??
 Pasal Jepon ade Ultraman ... . Amerika pulak kan ade Superman... ?!


 3) Dalam banyak banyak Pokok ... . Pokok ape yg paling tinggi Pokok atas gunung ddahhhh ... ... ...


5) Ade seorang budak, rumah tingkat 10, tiap-tiap hari, dia naik lif sampai tingkat 8, terus naik tangga lagi 2 tingkat ... . kenapa pulak?
Sebab budak nie pendek .. tak sampai nak picit tingkat 10 ... .


6) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam ini ... Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia ni? Bangsa Melayu dahh  sebab kayu , batu,besi api bangsa melayu makan... . bukti dia bangsa melayu makan UBI KAYU ... JAMBU BATU, PUCUK PAKU ... . BELIMBING BESI ... . IKAN SELAR PAPAN ... BUAH KERAS ... CILI API dan lain lain lagi ...



 7) Aper dia ... . naik cepat ... . turun lambat ... .
 hingus lahhh ... ... .


8) Banyak banyak surat ... ... . Surat ape yg tak perlu di jawab ??
 Suratan takdir


 9) Apasal baju Superman Ketat ?? Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " ,
Baju dia size S dahhh ..


10) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat ... ... ... . ?
 JANGAN LAGI ... . bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali kali sebab disuruh buat jahat jangan sekali


 11) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ? Mat Rempit yang tak pakai helmet ... sebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payah pakai helmet .

Mandikan Kucing




Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...


Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

 Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...


 Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

 Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

 Budak: Mati...

 Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

 Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju... ---


 sumbangan: Fariz Akmal

KaTeGorI LaWaK-bRuTaL

artikel awek black box black box found bra cerita cikgu dengan Anak murid cerita lawak cerita Pak Belalang cerita rakyat cium nurse contoh soalan karangan curang dialek terengganu english jokes fakta lawak first time sex gambar lawak gaya awek pose gaya posing awek get money handfon nokia handphone samsung harta pusaka i-phone isterinya curang janda hot jozan kahwin lagi kejut bangun sahur kereta inspira kisah buda kecil kisah dengan nurse Kisah janda kisah kecurangan kisah lawak kisah main kayu tiga kisah malam pertama kisah ranjang kisah Suami isteri koleksi pepatah dulu komputer kondom kongkek lagu raya Lawak 18 SX Lawak 18SX lawak ajoi lawak asal usul lawak Ayah dan Ibu lawak best lawak bodoh Lawak broken english lawak brunei lawak double meaning lawak facebook lawak gila lawak jenaka lawak kekasih lawak kelantan lawak malam pertama lawak pak arab lawak pak pandir lawak pecah perut lawak pendek lawak puasa lawak raya lawak sains lawak sempoi lawak sengal lawak seram lawak suami isteri lawak teka-teki lawak terengganu lawak ultraman lelaki hensem lelaki kacak maharaja lawak make money makna disebalik kata wanita misteri motorola naughty nun pantun pantun jenaka pantun lawak pantun malam jumaat pantun puasa pantun raya pasangan kekasih pepatah lama pepatah lawak pepatah melayu poligami political jokes rindu pada si dia rumah terbuka sejarah asal-usul negeri di Malaysia sex sms lawak raya soalan karangan suami curang sukan yang telah pupus surat cinta seorang rockers surat poligami tanda-tanda rindu teka-teki usop hantu kak limah video lawak video lawak raya video usop wilcha video usop wilcha di ABP what is politics